MARI MENDERMA DENGAN KLIK2 :)

Tuesday, June 30, 2015

menang voucher zalora RM100 & koolfever

alhamdulillah..rezeki ramadhan..tengok ramai kawan2 contest join contest ni kat ig kita pon mencuba naseb la..ari sabtu g giant bli barang2 nak buat nasi kerabu lepas tu tak lupa bli snikers sekali..dengan bermodal kan RM3 lebih dapat RM100 hehe..syukur

tak sesia la..pijar2 tangan kita dok membuang biji cili hijau nak buat solok...lepas siap je cargas amek gambar solok tu pastu tenggek kan snicker atas munge...tak sangka plak terpilih..sebabnye ramai yang submit gamba...alhamdulillah..bole la bli kasut raya yeay! hehe...

.
solok lada yg membawa tuah :)
 yang ni menang 6 keping koolfever utk 100 terawal
masuk 3 nama tiga2 sapu bersih hahah
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

11 ramadhan : mee kari & puding laici

semenjak puasa ni jarang2 juga buka makan nasi,ni kita la request kat mak...buat mee kari hehe...dah lama tak makan..ma buat mee kari kita buat desert puding laici.adui dui...masakan ma mmg tak kan sama ngan orang lain kan...kita buat mee kari tak sesedap mak kita buat..rasanya dah ikut dah resepi dia seme...

suka ltk bawang goreng, daun sup & taugeh banyak2
nyam! klw ada kerang mmg mantopp
puding laici ni 15mnt je siap..
sepeket agar2 masak ngan 700ml air dah cair agar2 masukkan gula sesenduk pastu tuang susu cair
laici dalam tin tu blend dulu sebelum masuk dalam piuk dah siap
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Monday, June 29, 2015

10 ramadhan : nasi kerabu + labu sira + labu sekaya

weken memang meriah skit la menu berbuka..sebab nye banyak masa kan..nak masa itu ini...kita cam biasa la buka umah mak tolong2 mana yg patut la..sabtu lepas ma buat nasi kerabu lengkap ngan seme eksesori nya...siap ada desert labu sira mmg 100% menu kelantan hehe..pastu ada lagi satuu sekaya labu, kakak kasi.sedapp gile nak kena blaja gak wat sekaya labu ni

nasi warna putih bunga telang buat nasi kerabu tu dah xde..

 tumis
..
ulam2
 sambal kelapasolok lada
budu

kopok ikan
telus masin
sekaya labu
labu sira
nasi kerabu ma mmg tak de sape leh celen...tak caya tanya diah..hahah..

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

baju raya anak2 settle!

alhamdulillah....selesai dah mencari baju raya anak2..ari rabu lepas amek cuti semata nak g bli baju raya diorang..dah kebetulan plak kita cuti puasa maka mmg sesuai sangat lah..shopping raya heehe..xla penat sangat kan?kalau puasa letih wo...panas2 himpit2 ngan manusia lagi..

kita sampai sogo kul 9.30 sogo blom buka lagi! haha..nampak tak semangat nye kat situ...ala bukan apa...pagi tu anta mia g sekolah..pastu anta darwish umah bbster pastu g umah mak jap..lepak usha jalan depan umah xjem start kete tros g sogo..hehe....

buka je pintu soog kul 10 terus serbu..wah seronok rasa masa kita masuk tu seme staff berdiri kat tempat masing2 wish good morning..ala2 managing director masuk opis haha...dari tingkat bawah sampai tingkat 3 bahagian kanak2 seme wish good morning..ko bayang la ada berapa puluh orang pekerja kat satu level tu?diorang siap2 tunggu depan eskelator sambil wish hehe...

memula sampai tingkat budak tu tawaf dulu satu round..nengok2 mana yg murah..misi kita ialah mencarik baju yang murah tapi cantik, so klw murah bole la beli banyak pasang.ada la less 50-70% untuk setern2 item..sebagai ibu yg bijak harus la kita carik jeans mana yg ada 70% kiki..bli suar ladybird 2 pasang kakak 2 pasang adi.tshirt kakak 5 helai adik 4 helai dah tu je cukup. kita sedar la kita bukan orang KAYA xmampu nak bli baju anak mahal2...bli yg murah janji lawa.mmg suka sgt soping baju raya anak2 kat sogo..sebab nye seme brand ada situ. bum, seed, padini, miki, poney,ladybird,fila,mickey, diesel eh seme brand la ada..banyak pilihan esp seluar jeans.

nengok punya semangat pintu pon xbuka lagi
ting..buka dah! haha ni la pestime g soping mall time pintu dibuka
selesai dekat sejam kat tempat bebudak memilih baju
dah pilih2 nanti sort pulak kot ada2 yg xlawa di mata buang la sebelum g bayo hehe

dah abes jenjalan sogo terjah jalan tar plak carik baju melayu darwish..masa masuk je lorong tepi campbel tu tros dah jumpe baju darwish pastu kita jalan sampai depan semua house je..tros patah balik sebab panas haha..

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

RESEPI KERABU IKAN BILIS


 Bahan-bahannya:
● Ikan Bilis Halus - yang telah digoreng (setengah mangkuk)
● 3 ulas bawang besar
● 6 biji limau kasturi
● Beberapa helai daun limau purut
● Kacang panjang
● 2-3 kuntum bunga kantan
● Cili padi
● 3 batang serai
● Sos ikan
● Gula

Cara-caranya :
1. Potong kesemua bahan-bahan (melainkan limau, sos ikan dan
gula) dan gaulkan

2. Potong dan perah limau kasturi yang telah dibuang biji

3. Campurkan dengan 3 sudu besar sos ikan. Tambahkan 3 sudu teh gula.

4. Gaul sehingga sebati

5. Campurkan bersama bahan-bahan yang telah dipotong.

Sedia untuk dihidang. 



p/s : jumpe resepi ni kt fb share sini untuk diguna kemudian hari :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Friday, June 26, 2015

Ada 10 Makanan Tidak Boleh Masuk Peti Ais



Selesai memasak, pasti anda terus masukkan lebihan sayuran atau makanan ke dalam peti ais. Jaga-jaga kerana tidak semua jenis makanan atau sayuran yang konon dianggap akan bertahan lama di tempat yang sejuk. Cuba elakkan membazir jika anda mula masuk dapur...

Bawang Merah

Kelembapan dalam peti ais membuatkan tekstur bawang merah menjadi lembik, mempercepatkan tumbuh akar dan tanpa sedar lebih cepat busuk. Seeloknya anda simpan bawang di tempat yang sejuk dan kering.

Kopi

Tidak ramai yang tahu sebenarnya, biji kopi atau serbuk kopi tidak elok disimpan di dalam petis ais. Ini hanya akan membuat kopi kehilangan rasa dan aromanya. Simpan kopi di tempat yang kering dan sejuk.

Minyak Zaitun

Kesan paling ketara, anda akan dapati tesktur minyak zaitun akan jadi cepat beku seperti mentega jika disimpan di dalam peti ais.

Daun Kemangi

Daun kemangi akan lebih cepat layu jika disimpan dalam peti ais. Lebih baik anda rendam daun kemangi dalam air agar tetap segar.

Madu

Madu tidak akan rosak jika anda menyimpannya dalam kemasan yang tertutup rapat. Jadi anda tidak perlu menyimpannya dalam peti ais. 

Bawang Putih

Tekstur bawang putih yang anda simpan dalam peti ais akan berubah menjadi seperti kering dan kecut. Lebih tahan lama kalau simpan bawang putih dalam bekas di tempat yang kering dan sejuk.

Roti

Roti akan lebih cepat kering jika disimpan dalam peti ais. Letak roti di dalam bekas yang ditutup sudah mencukupi, janji tidak melebihi tarikh luput.

Avokado

Mahu buah avokado cepat masak? Kalau peram di dalam peti ais, itu salah. Ini hanya melambatkan proses matang buah avokado.

Kentang

Menyimpan kentang dalam peti ais akan membuat teksturnya menjadi lembik dan rasanya menjadi manis. Lebih baik anda simpan dalam bekas.

Tomato

Letak tomato di dalam peti hanya buat tomato jadi cepat kecut dan hilang rasa segar. Untuk jaga rasanya, elok anda beli secukup buat masak sahaja. Atau tomato yang dibeli boleh direndam dalam sedikit air. Tetapi jangan simpan terlalu lama, nanti tetap juga tomato jadi cepat busuk.
ok, baru tau ok..dalam banyak2 list tuada 3 je yg kita letak dalam peti ais
tomato
kentang
bawang besar
ok dah tau pasni jgn simpan diorang dalam peti ais hehe

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...