MARI MENDERMA DENGAN KLIK2 :)

Thursday, April 22, 2010

banci 2010

sape penah kena banci?dulu2 selalu tgk mak je kena banci.mcm2 dia soal kan?antaranya
1. anak brapa orang?
2.pendapatan isi rumah brapa?
3.apa barang letrik yg korang pakai?

bulan july ni ada la org datang banci aih..xsabar plak rasa nk kena intebiu ngan org banci tu hahaha..ye la skang kan dah duduk umah sendiri..nk rasa gak mcm mana rasa orang kena banci hehehe..pastu dah abes banci dia suh tepek kad banci tu kat pintu kan?time kecik2 aku takut je nk buang kad tu takut kena saman heheheh...
oh ye ni ada skit info pasal banci..selamat dibanci..jangan benci2 hahah...

Banci 2010 akan dilakukan mulai 6 Julai hingga 22 Ogos tahun ini, yang akan membabitkan sembilan juta tempat kediaman atau kira-kira 29 juta penduduk Malaysia dengan anggaran 7.3 peratus adalah warga asing.

Banci kali ini adalah Banci kelima yang dijalankan sejak tertubuhnya Malaysia pada tahun 1963 di mana kali terakhir Banci dijalankan adalah pada tahun 2000.

Pembancian dijalankan ke atas semua penduduk di Malaysia yang telah atau akan tinggal di tempat tinggal biasa mereka bagi tempoh enam bulan atau lebih pada 2010.

Jabatan Perangkaan yang menjalankan Banci 2010 turut memperkenalkan kaedah baru pembancian iaitu secara dalam talian.

Kaedah dalam talian adalah salah satu kaedah pembancian selain pembanci akan ke tempat kediaman untuk menemuramah semua penduduk bagi mendapatkan maklumat.

Selain daripada itu, penduduk boleh mengisi sendiri soal selidik dengan menggunakan soal selidik yang dibekalkan oleh pembanci.

Orang ramai boleh mengisi sendiri soal selidik secara dalam talian menggunakan ID dan kata laluan yang dibekalkan melalui lama web www.statistics.gov.my


10 ribu orang memberikan idea bernas:

Damia Aleesya & Damia Ayunie said... [Reply to comment]

selalunya time org banci dtg kitaorg gi keje...tapi kad banci tu ader dalam peti pos...agak2 dia soal dan jawab sendirri tak soalan tu...ekekekkek

zAnNa@mAMaBaTriCE said... [Reply to comment]

tak pernah lagi di soal siasat utk bancian nie...tp dulu2 ada jer yang tampal kad banci kat pintu rumah..

psst : nana...blog nana dah di jelajah oleh mr. Ben tau..

momguess said... [Reply to comment]

den dengar pasal banci ni kek MHI pagi tadi

[-suziey-] said... [Reply to comment]

xpnh plak kena banci..hehe..

~ana~ said... [Reply to comment]

nana, dulu kita pernah keje as pembanci sambilan nih..hu3x..x suke sbb kena ketuk pintu umah org..rs mcm mengganggu lak...hu3x...

Nana said... [Reply to comment]

ayu-heheh yeke..ish malas la diorg tu hehe ye gak kan klw dha dpt kad sure dah ada tanda2 mmh kompom diorg jawab sendiri hehehe

Nana said... [Reply to comment]

zana-hehe tu la xpenah gak kena banci sama2 kita tunggu utk dibanci hehe

ok tq zana...mmg dah tunggu je arini ben jelajah hehe sebab list nye kat ats2 je.

Nana said... [Reply to comment]

kak guess-heheh samo2 den tgh siap2 g koje dgr kt mhi heheh

Nana said... [Reply to comment]

suziey-sama la..dlu tgk mak je kena banci skang dah kena banci sendiri la heheh

Nana said... [Reply to comment]

ana-wah pnh jaid pembanci ek...mesti ada org idang goreng pisang ke air ke kan ehehhe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...