MARI MENDERMA DENGAN KLIK2 :)

Wednesday, May 19, 2010

KATEGORI 2 : GIVEAWAY CIKGU AYU- TERIMA KASIH CIKGU!

nak join klik sini
Nama guru: Pn Norliza Abdullah
Tahun & tempat gambar diambil : 2000 sek.men.keb puteri ampang
gambar ni masa tingkatan 4, ramai yang tak datang time ni seme memonteng sebab penat buat latihan hari merdeka...separuh dari kelas monteng aritu..pastu muke memasing time ni mmg itam legam..sebab dah sebulan training atas padang tengah2 panas terik tu

kenapa puan norliza jadi cikgu kesayangan aku?start dari form 4-form 5 pn. norliza guru kelas aku,aku plak penolong ketua tingkatan, so kitaorang memang rapat lah...tiap2 hari kena hantar kedatangan dekat cikgu, kira aku ni jadi orang kanan cikgu la dalam kelas tu bersama2 dengan ketua tingkatan aku

cikgu ni kitaorang panggil cikgu vogue, sebab cikgu suka melaram, baju dia semua lawa lepas tu tak penah tgk dia ulang baju dia tu dalam masa sebulan.kasut dia plak seme bole kata sedondon dengan kale baju...mmg asal cikgu masuk je kitaorang mesti puji "cikgu pakai baju baru ek arini.." pastu nanti sure cikgu tersengeh2 malu sambil cakap korang ni asik perhati baju saya je...hehehe..

ingat lagi masa jamuan akhir tahun tingkatan 4 kitaorang hadiahkan cikgu dengan kain pasang, aku ingat lagi kain tu latar hitam bunga2 pepel, aku yang pegi beli kain tu dekat jalan TAR.pastu lepas ktorg bagi adiah tu kan ktorg cakap kt cikgu, cikgu nanti buatla baju kebaya tau,pastu pakai g sekolah heheheh...

tak sangka plak...cikgu betul2 buat kain kitaorang bagi tu buat baju kebaya...kemain kembang kempis cikgu tau..kitaorang puji..hehehe..aku mmg sayang cikgu ni sebab dia xpernah marah aku...lgpun dia ni baik..klw nak marah mcm xkena gaya je...hehehe...

masa aku kawen cikgu datang...terharu rasanya....last aku jumpa cikgu tahun lepas, masa majlis kawen kawan sekolah & sampai skang ktorg still contact, time raya aku datang rumah dia.aku lah yg akan inform kat cikgu kalau ada budak2 kelas form 5 nak kawen, aku jadi mcm ketua kampung la menjemput cikgu bagi pihak kawan2 hehehe...

dikesempatan ni aku nk ucapkan terima kasih kat cikgu...kerana telah menabur bakti mendidik kami anak2 murid cikgu dengan penuh sabar...walaupun cikgu mengajar sekolah pompuan..tp seme nye nakal bole tahan tak padan ngan pompuan...terima kasih cikgu..jasa anda akan kami kenang sampai akhir hayat....

1 ribu orang memberikan idea bernas:

AYU IDRIS said... [Reply to comment]

Terharunya baca entry Nana...mcm akak plak yg berada di tmpt cikgu tu!hihihihi...all the best to u!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...