MARI MENDERMA DENGAN KLIK2 :)

Friday, July 9, 2010

pokok beracun

aku dapat dari email semalam..saje nk share

Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul.. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam.

Sila maklumkan kerana terdapat kes kematian yang jarang dilaporkan diakibatkan oleh pokok ini. Selalu kes ini diklafikasikan sebagai "food poisoning".

Keprihatinan anda menyebarkan berita ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang.


12 ribu orang memberikan idea bernas:

.:iz-AnN a.k.a cOmOt:. said... [Reply to comment]

lor...kat umah mak aku banyak pokok hiasan ni...tapi sib baik ar anak jenis tak menggigit daun...

fantaghirolynn said... [Reply to comment]

umah aku pun banyak pokok ini....
dalam byk2 pokok, pokok ni sentiasa lawa sbb ulat xsuka.. patut la, beracun rupanya

zue @ annaleeya said... [Reply to comment]

akak pon dah pnah wat entry nih... takutkan??? akak pon dah buang..!!

Farra Dhelina said... [Reply to comment]

laaaa yeke ?? ishh bhya tuh..ni daun keladi kan kak nana?

mama_umar_maryam said... [Reply to comment]

uishh, pokok ni byk dan ada dimana2..agaknye sng nk tanam dan jge kot..jgnla ade budak2 suke nk cabut dan gigit daun die

MrS. F!zA@Mama Darwisy said... [Reply to comment]

la pi mana2 pon kerap nmpk org tanam pkok ni dlm pasu tak sgka plk beracun

~ana~ said... [Reply to comment]

rs nya br ni pun ada dpt email ckp psl pokok ni...tp beracun2 pun, banyak tgk org tanam buat hiasan...

Delima said... [Reply to comment]

cantik tp beracun... hehehe byk makna ayat aku tu heeeee

[-suziey-] said... [Reply to comment]

lor ye ke..ish xtau plak..byk je nmpk pokok ni

munna said... [Reply to comment]

kena berhati2... klu gi pbjt gomen mesti jumpa pokok bunga ni

Damia Aleesya & Damia Ayunie said... [Reply to comment]

alamak!!!beracun ke pokok ni??

:: iManja :: said... [Reply to comment]

dulu mmg ada tanam pokok ni...tp start kuar emel, terus cabut dan buang...memula syg ooo..sbb daun hijau lebat...tp dah beracun...better safe than sorry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...