MARI MENDERMA DENGAN KLIK2 :)

Monday, August 9, 2010

LIST OF HALAL HOTELS

Salam,

Tidak lama lagi bulan Puasa bakal menjelma. Hotel akan menjadi tempat
persinggahan untuk berbuka puasa bagi yang berkemampuan. Namun, agak
terkejut apabila membaca Berita Kosmo bahawa HAnya 32 Hotel Halal
Menjelang Ramadhan . Antara serba sedikit ulasan di Metro Itu adalah :

1. Rekod Jakim sehingga semalam (23 Julai 2010) mendapati hanya 63
buah dapur di 32 hotel daripada 2,360 buah hotel di seluruh negara
mempunyai Sijil Halal Malaysia.
2. Memandangkan bulan Ramadan akan tiba tidak lama lagi, pasti
banyak majlis berbuka puasa akan diadakan di hotel-hotel. Jakim akan
menyediakan pegawai khusus untuk memproses permohonan sijil halal itu
tanpa pihak hotel perlu mengikut giliran," katanya kepada pemberita di
sini semalam.

Agak terkejut kerana rasanya terlalu banyak Hotel yang menyediakan Pakej
Berbuka Puasa Ketika Ramadhan namun hanya segelintir sahaja yang
betul-betul mendapatkan sijil halal. Kenalah lebih berhati-hati selepas
ini.

Hotel 5 Bintang :
1) Cyberview Lodge Resort & Spa, Cyberjaya
2) Hotel Evergreen Laurel , Pulau Pinang
3) Hotel Grand Dorsett, Labuan
4) Hotel Pan Pacific KLIA
5) Hotel Legend , KL
6) Hotel Grand Bluewave , Shah Alam
7) Tradewinds Hotels & Resorts, Johor Bahru
8) Hotel Istana, Kuala Lumpur

Hotel 4 Bintang :
1) Hotel Ancasa Kuala Lumpur
2) Hotel Cititel Pulau Pinang
3) Hotel Crystal Crown, KL
4)Hotel Grand Seasons, KL ( latest : telah ditarik lesen halal!!!)
5) Hotel Armada, Petaling Jaya
6) Hotel Seri Malaysia, Alor Setar
7) Hotel Ming Court, KL
8) Hotel the Summit, USJ Subang
9) PNB Darby Park, Executives Suite, KL

Hotel 3 Bintang :
1) Hotel Brisdale International, KL
2) Hotel Dynasty, KL
3) Hotel Seri Malaysia, Genting Highlands
4) Hotel Seri Malaysia, Marang
5) Hotel KL, Jalan Raja Muda
6) Hotel Nilai, Negeri Sembilan
7) Hotel PG, KL
8) Hotel Puteri Park, KL
9) Hotel Quality, KL
10) Hotel Residence , Kajang
11) Hotel The Paramount, Sibu
12) Hotel Plaza, KL

Dua Bintang :
1) Hotel Seri Malaysia, Kuantan
2) Hotel Seri Malaysia, Sungai Petani
3) Hotel Seri Malaysia , Bagan Lalang

Sumber : Berita Kosmo dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Naif sungguh rasa diri ini, tahun-tahun sebelum ini tak pernah semakpun
senarai hotel yang ada sijil halal sebelum makan. Asalkan hotel tu nampak
Islam dan ramai pengunjung Islam pergi sana, terus je terjah. Walaupun
setiap tahun hanya sekali dua sempat berbuka special di hotel, namun
tetap tak menyemak terlebih dulu dan ikutje rakan yang lebih alim dan
arif dalam hal camni. Tak sangka pula dalam beribu-ribu hotel, tak sampai
50 sahaja yang dapat sijil halal dari JAKIM.

Wallahualam,


10 ribu orang memberikan idea bernas:

.:iz-AnN a.k.a cOmOt:. said... [Reply to comment]

huhuhu...tah bila agaknya aku nak berbuka di otel cam ko ni weii...:p

MrS. F!zA said... [Reply to comment]

rasanya tak de kot nak berbuka di hotel ..hehehe

~ana~ said... [Reply to comment]

hu3x...rindu nak berbuka pose kat hotel...tp sejak tahu banyak hotel x halal ni...erm...kena pk banyak kali la..

anyway, thanks for sharing this info nana...

[-suziey-] said... [Reply to comment]

good info...penting nih

Nana said... [Reply to comment]

izan-aku ni buka pose kt otel klw ada org sponser jek kekeke

Nana said... [Reply to comment]

fiza-hehe kita klw dpt diskaun bole ler g buka kt otel

Nana said... [Reply to comment]

ana-tu la kdg kita ni main redah je kan mana nk cek2

Nana said... [Reply to comment]

suziey-sharing is caring hehe

suamihanyisterizuki said... [Reply to comment]

umm skrg kena hati hati la sgt kan, kena cek betol2 la...erkk tengkiu sharing yer...

zAnNa@mAMaBaTriCE said... [Reply to comment]

gud info nana
even jarang2 nak makan kat HOTEL..
tp kot ler kan..
he he he..
sharing is caring

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...