MARI MENDERMA DENGAN KLIK2 :)

Thursday, November 18, 2010

LEBIHAN TULANG AQIQAH/ KORBAN KENA DITANAM?


sebelum2 ni aku ada dengar org cakap yang tulang2 lembu yang dikorban kena tanam lepas di makan...mak aku pun cakap semalam jgn buang rata2 tulang lembu tu kena tanam..mak aku ckp ada ustaz kt surau yang kasitau kena tanam tulang2 tu..

so utk memastikan betol ke tulang2 tu kena tanam??ni aku dah search..

soalan :

saya nak tanya apakah da sumber yang sohih berkenaan dengan tulang dari daging aqiqah serta lebihan dagingnya perlu ditanam..apakah ada hadis berkenaan dengan perkara ini?? sekiranya benar , apakah i'llah daripada perkara tersebut..syukran


jawapan :

Tidak ada dalil sahih yang memerintahkan agar menanam tulang dan lebihan daging aqiqah atau korban. Mungkin ini merupakan amalan tradisi masyarakat Nusantara yang sentiasa menjaga kebersihan.

Ada pun dalil yang menjelaskan tentang tulang dan lebihan dagingnya merujuk kepada sebuah hadith Nabi :saw :-

Berkata Ibn Mas'ud ra : 'Rasulullah :saw berkata : Salah seorang dari kalangan Jin telah memanggilku, dan Aku pergi bersamanya, membaca al-Quran kepada mereka.' Dia membawa kami melihat kesan mereka dan kesan api mereka, dan mereka bertanya baginda mengenai makanan dan baginda bersabda : 'Bagi kamu semua TULANG yang disebut nama Allah yang kamu perolehi, bagi DAGING pula, dan semua lebihannya bagi binatang kamu'. Nabi :saw bersabda : 'Maka jangan kamu beristijak (membersihkan diri) dengannya, kerana ia adalah makanan yang diperuntukan kepada saudara kamu' [Hadith riwayat Muslim #450].

Hadith ini menjelaskan bahawa :

a. Nabi :saw membacakan al-Quran kepada Jin Islam

b. Tulang binatang sembelihan yang disebut nama Allah adalah makanan kepada Jin Islam.

c. Lebihan daging itu pula adalah makanan kepada binatang.

d. Larangan beristinjak dengan tulang

e. Ada dikalangan ulama yang mengatakan bahawa Jin yang kufur akan memakan tulang yang tidak disembelih dengan nama Allah.

Kesimpulannya adalah tidak ada nas yang menyuruh menanam tulang binatang aqiqah selepas selesai memakan dagingnya. Perintah larang yang ada adalah seseorang itu tidak boleh beristinjak menggunakan tulang binatang yang disembelih dengan nama Allah swt kerana tulang itu adalah makanan saudara kita seIslam, iaitu Jin Islam. WA.

HA...PUAS HATI AKU SKANG...DAPAT JAWAPAN YANG TEPAT.SUMBER DARI SINI

11 ribu orang memberikan idea bernas:

Ena said... [Reply to comment]

a'a nana, ia menjadi amalan pd family akak.. sbb selalu tulang temulang tu akan dikumpul dan ditanam.. sbelum ni pun pernah tengok rncagna bersama heliza & mawi.. pas acara korban & macam2.. tulang temulang tu mawi yg tanam.. heheh.. teringat pulak..

[-suziey-] said... [Reply to comment]

tp klau diikutkan tujuan kita tanam tu adlh utk elakkan tulang2 binatang korban tu jadi makanan anjing..sbb tu tanam..lebih kurang mcm kita la manusia klu dh mati..org kembalikan balik ke tanah tanam dlaam2 supaya xdihidu oleh anjing n jadi mkanan anjing tu..

mama_umar_maryam said... [Reply to comment]

haa,betul2 aku setuju dgn suziey, it is more to nk elak dr binatang2 yg xsepatutnyelah..sbb kan kite buat korban /akikah tu niat kite suci demi syariat, cewahh ;)

mummy_ayu said... [Reply to comment]

setahu ayu pun mcm yg suziey kata tu...untuk elak dr binatang lain makan...

Nana said... [Reply to comment]

ena-kak..saya baru tau semalam..tulang2 tu kena tanam..sebelum2 ni family saya buang gitu je...
mak suh kumpul tulang nk tanam

Nana said... [Reply to comment]

suziey-tu la..aku ingatkan wajib la tanam tu..sebab aku baru tau pasal hal ni semalam
btol juga kan..xmau anjing makan tulang tu..tu pasal kena tanam

Nana said... [Reply to comment]

zt-hehe yes btol2 aku stuju tu..xde la..aku dok ingt wajib la hukumya kena tanam tu..rupa2nya nak tanam bole x tanam pon bole..tp baik ditanam la

Nana said... [Reply to comment]

ayu-ahh btol2...sian..kita baru dengar semalam psl tulang ni kena tanam

atty's said... [Reply to comment]

kty pun mmg selalu dgr org ckp camtu..

e.l.i.z.@ said... [Reply to comment]

ouhhh sib baik nana rajin wat research :P semua dapat ilmu ni hehe...tp eli pun rs mcm penah dgr gak la pasal tanam tulang ni

Mumucha Bookstore said... [Reply to comment]

Ada kemusykilan.. Kalau kita tanam pun, akan dimakan juga oleh ulat, kerengga, ataupun jadi baja kepada pokok yg berdekatan..
So di mana pulak letaknyer hujah anjing (ataupun) binatang lain tak boleh makan daging qorban ?
Aku harap, bukan atas sbb pandangan negatif kita terhadap anjing (zalim) yang jadi pegangan kita..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...