
KUALA LUMPUR, 11 NOV 2010: Vokalis kumpulan Fotograf, Shamrin Abdul Samad atau lebih dikenali dengan nama Shamrin,43, telah pun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 6.40 petang tadi.
Penyanyi yang baru saja menjadi artis naungan syarikat rakaman Alibi Music itu dilaporkan jatuh rebah sewaktu dia bermain bola sepak di padang bola kawasan Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, punca kematian Shamrin masih belum dapat dikenal pasti kerana sebelum ini penyanyiyang bersuara lantang ini tidak pernah dilaporkan mengalami sebarang sakit.
Portal hiburan murai.com.my dimaklumkan, sewaktu kejadian berlaku, Shamrin sedang bermain bola sepak bersama artis-artis lain seperti Shah dan Johan Slam.
Berita kematian ini telah pun disahkan oleh salah seorang anggota Slam iaitu Johan yang telah pun membuat panggilan langsung menerusi radio Suria FM dalam segmen petang yang dikendalikan Linda Onn.
Difahamkan, sewaktu mengesahkan berita ini, Johan masih lagi berada dalam keadaan yang sedih dan terperanjat, begitu juga dengan rakan-rakan selebriti yang lain.
Sekalung takziah buat ahli keluarga Shamrin dari murai.com.my. Semoga roh penyanyi ini dicucuri rahmat.
Sumber: murai.com.my



6 ribu orang memberikan idea bernas:
br bc td kt mstar online
innalillah
terkejut aku
al-fatihah
al fatihah tuk arwah
oh.. ya ke.. baru tau ni... alfatihah buat arwah
aah br tau td,aku terigt makcik aku mmg minat giler dgn syamrin nih,fatihah ..
al-fatihah tuk arwah
Post a Comment