Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof berkata 22 orang mati di tempat kejadian, empat meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital manakala seorang lagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.
Katanya, bas dua tingkat itu milik syarikat San Express Holiday yang beribu pejabat di Jitra, Kedah, membawa 37 pelancong Thai manakala pemandu, pembantu pemandu dan pemandu pelancong adalah rakyat Malaysia.
Zakaria memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan tengah hari telah mengerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat.
Katanya, ketika kejadian, bas itu sedang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur kerana pelancong itu dipercayai akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.
Zakaria berkata siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik di longkang.
Menurutnya, identiti dan jantina mangsa yang terbunuh belum dikenal pasti.
sangat terkejut dengar berita ni...sumber : http://www.malaysiakini.com



8 ribu orang memberikan idea bernas:
Just came back from our holiday trip, using the same route, driving a Nissan Urvan.
Dr apa yg saya perhatikan, ramai pemandu yg menuruni kwsn tnh tinggi tsbt suka memasuki jalan berlawanan. Saya rasa, samada benar spt dakwaan MP Cmron H'land bhw tdpt tompokan minyak di jalanraya, kemalangan dpt dielakkan kalau pemanduan dilakukan dgn berhati-hati dan mematuhi aturan penggunaan jalanraya.
heyyy aper nie ..
akak pu terperanjat .. ishhh ngeri tuu ramai yg mati hhuhuhu
x dpt bayangkan .. apa yg nak dikatakan lagi .. mende yg sama jugak .. kenapa mender mcm nie berlaku ??
apa jalan selesainya ?? huhuhu
aduaaii sbb tu now weols takot nak naik bas huhu
huhhuuh. takot aen naik bus cm ni. trkejut tgk berita kt tv3 tadi. dh la lalu lalang aen g ipoh tuuuuu
ada bc status kat fb tadi.. tp xdetail.. ni br tau.. sedeynya..
ngeri tgk accident2 nie..
seram aku tgk eksiden tu...riso nk nek bas la plak..huhu..
mengerikan betul la kalo dah mula xcident bas tu makin menjadi2 plak xcident nya
Post a Comment