MARI MENDERMA DENGAN KLIK2 :)

Friday, December 10, 2010

ubat cacing

last week g bawa damia checkup..dapat lagi ubat cacing..last dapat 6 bulan lepas...so aku pon saje2 la tanya doktor...wajib ke doktor makan ubat cacing??dia kata haih..kena..6 bulan sekali kena makan..jangan kata budak2 kita yang tua ni pon kena makan juga...

tapi kan..aku nak tanya kt doktor tu..anak saya bukan main pasir..bukan main tanah bole ke cacing masuk??hehe..mcm segan la plak tanya soklan xberapa cerdik kan..so aku diam je la..dah doktor suh makan kan..makan je la...lgpun cacing bukan sebab main pasir, main tanah je kan..makanan mcm sayur xbasuh bersih2 pon bole jadi punca kan?

ubat cacing damia..tgk sape yang buat...(klik gambo utk kasi beso) tetiba bangga jadi staff idaman pharma..dpt ubat cacing buatan company tmpt bekoje heheh..xpenah bli pon ubat ni kt opis..ni pon dapat klinik kasi
dulu kecik2 selalu la kena paksa makan ubt cacing zentel ni
nak share skit info ni:

Antara tanda-tanda anak-anak yang kecacingan ialah (bergantung kepada jenis cacing) :-

* Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis

* Kegatalangan terutama di kawasan punggung, lebih pada waktu malam

* Sakit perut, cirit-birit, lemah badan, kembung

* Tiada selera makan, pucat, kurang berat badan walaupun selera makan ada

* Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)

* Demam, ruam-ruam badan, alahan

* Kaki gatal, sakit dan ruam pada kaki, bengkak kaki (untuk cacing kerawit)


Apa yang anda perlu buat :-

1. Jumpa doktor untuk mengambil ubat cacing
2. Semua ahli keluarga juga harus memakan ubat cacing ini termasuk ibu dan ayah
3. Potong kuku pendek
4. Basuh sayur-sayuran bersih, masak betul-betul terutama daging
5. Pakai kasut atau selipar ketika keluar rumah
6. Sekiranya ada haiwan peliharaan seperti kucing, periksa juga tapak kaki dan badan mereka
7. Amalkan membasuh tangan (anda dan anak anda), sebelum dan selepas makan.
8. Juga cuci tangan dengan sebersih-bersihnya selepas membuang air besar
9. Kerapkan membersih badan dan mencuci dubur untuk menghilangkan telur cacing yang ada

kot korang nak tau pasal cacing ni dengan lebih mendalam lagi sila ke blog ini
aku nak huraikan lebey2 aku bukan doktor..hehehe...

9 ribu orang memberikan idea bernas:

mummy_ayu said... [Reply to comment]

Ian & Iris tak pernah pun dpt or makan ubat cacing..kena beli kat farmasi sendiri ker?

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said... [Reply to comment]

yew la mummy_ayu x kan kat kedai game lak.(jgn mrh yew..gurau je)..

kina dah bg kat adam bulan 9 hari tue..so lepas nie kena mkn lagi bulan 3 2011 lak yew?

~ana~ said... [Reply to comment]

eh..seb baik nana cite pasal ubat cacing. br teringat, ajmal last mkn bln 4 hr tu..nak kena mkn balik ni. lupa plak mintak kat klinik br ni..hu3x...

amiey lee said... [Reply to comment]

bagus le info nih

Sidratul Muntaha said... [Reply to comment]

setot masa sakit aritu..
sebelum kena sawan tu mmg mkn ubat ni rasanyer sbb dia kurang selera mkn pastu kena cirit birit then asal mkn jer mesti muntah
finally,kena sawan..
aih..

Cik Jue said... [Reply to comment]

memang patut makan 6 bulan sekali...
info yang baik utk ibu2 dan bapak2

mama_umar_maryam said... [Reply to comment]

aiseh.ade tersepok ubat cacing tu atas peti ais

.:mama dhia:. said... [Reply to comment]

dhia baru makan ubat cacing rabu lepas..
sangat suke dhia makan ubat cacing tu...
siap mintak lg..
hehehe..

Nana said... [Reply to comment]

ayu-kar farmasi ada jual zentel tu

kina-ahh..6 bulan sekali kena bagi tu

ana-heheh cpt bagi kasi lawan itu cacing

ameiy-hee ada anak kecik ke

cik jue-ahh tu la aritu ada org tanya wajib ke kasi ubat cacing tu psl kena wat entry bdasarkan penglaman heehe

zt-hehe ubt sama mmc damia ni ke

mam dhia-wah dhia suka ek damia xsuka sebab xsedap dia kata heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...