MARI MENDERMA DENGAN KLIK2 :)

Sunday, February 13, 2011

mata bengkak angkara AMPUNKAN DAKU

sape tengok malam tadi??cerekarama AMPUNKAN DAKU???

serius weh...bez gegila citer ni..tahniah jinggo & shiela rusli sebab berjaya buat air mata aku keluar meleleh2 tanpa henti...dah iklan pon aku nanges lagi..hahaha..sangat insaf tengok cerita ni...dengan kes buang bayi yg makin berleluasa...sangat2 sesuai la..cite ni ditayangkan...mmg lain dari yang lain...tabek la ngan diorang..buat cite2 yang selalu ada message yang baguss

nak2 masa ending cite ni..dia tunjuk shiela berpelukan ngan remaj2 yang duduk rumah perlindungan tu...sangat2 tersentuh....ikhlas sangat nampak shiela rusly..menanges2 berpelukan ngan budak2 tu

ko tengok..mata aku bengkak...abes je cite ni tros snap...sorry terpaksa di edit kasi bahagian mata tu jek..sebab tak pakai tudung heheh...


AMPUNKAN DAKU

Mengisahkan bagaimana Latifah (Sheila Rusly) yang menubuhkan rumah perlindungan remaja wanita ie KEWAJA. Kisah hidup latifah yang terpaksa berpisah dengan suaminya, Azri (Zamarul Hisyam) dan anaknya Khalish akibat tekanan yang dihadapi daripada ibu mertuanya (Fauziah Nawi). Ibu mertuanya memang tidak sukakannya akibat latarbelakang Latifah yang lahir sebagai anak luar nikah.

Latifah mengasaskan rumah perlindungan remaja yang mengandung anak2 luar nikah sama ada di rogol atau telah membuat perhubungan sebelum berkahwin. Suaminya Azri, seorang anak emak yang sentiasa mengikut cakap emaknya dan tidak mempunyai pendirian walaupun isterinya sering di tohmah dan didera secara mental oleh ibunya sendiri dan dia tidak pernah untuk membelanya. Disebabkan tidah tahan dengan situasi itu, Latifah mengajak Azri untuk keluar dari rumah tersebut dan membina kehidupan mereka sendiri. Puan Azimah (ibu mertuanya ) tidak mengizinkan anaknya ikut sekali dan meletakkan syarat jika Latifah ingin keluar dari rumah dia tidak boleh membawa satu pun barang atau harta kepunyaannya. Untuk itu, Latifah telah meminta RM300K sebagai ganti, atas pengorbanan dan penyeksaan yang ditanggung selama dia berkahwin dengan Azri. Azri amat terkejut dengan permintaannya itu dan mengandaikan dia sanggup menjualkan anaknya demi wang. Walhal Latifah telah menyatakan dia begitu kecewa kerana suami yang dinikahinya dan dianggap sebagai pelindungnya tidak mempunyai pendirian dan tidak langsung membela isterinya.


Anaknya yang telah meningkat remaja iaitu Khalish telah mengetahui kisah rumahtangga ayah dan ibunya melalui ibu tirinya Sara (Zila Bakarin) telah lari dari rumah dan tingga di KEWAJA demi mencari kebenaran tentang kisah yang berlaku di antara ibu dan ayahnya.

Menurut cerita yang di terima dari ayahnya, ibunya telah 'meminta wang sebanyak RM300K' daripada ibu mertuanya sebagai ganti memisahkan khalisha dengannya. Namun demi sebuah kebenaran Khalisha telah mendaftarkan diri sebagai penghuni KEWAJA dengan nama gelaran Lisa. Di situ dia cuba mencari bukti2 untuk menidakkan cerita yang diterima dari neneknya.

Akhirnya Khalisha yang lari dari rumah telah menghubungi ayahnya untuk menceritakan hal yang sebenar dan membawa ayahnya ke Kewaja. Dalam pada itu, neneknya telah mengupah orang untuk mengikut jejak mereka dan memberitahu ke mana anak dan cucunya telah pergi. Ketika Khalisha memperkenalkan ayah dan ibunya kepada penghuni KEWAJA, neneknya muncul dan Khalisha terus memperkenalkan neneknya sebagai pengasas KEWAJA dan telah membuatkan neneknya tersentuh.

Akhirnya berkat usaha dan kerja keras Khalisha untuk menyatukan ibu dan ayahnya tercapai apabila Pn. Azimah terbuka hati dan memohon maaf atas kesilapannya yang lalu.



9 ribu orang memberikan idea bernas:

Lelord said... [Reply to comment]

aah la beb...beria2 aku nanges..seb tengok sensorang

ibuayu said... [Reply to comment]

samalah kita rumah ibuayu pun banjir jap

eT said... [Reply to comment]

ingatkan bengkak sbb sakit mata..huhu

kakngah said... [Reply to comment]

huwaaaa... sama la.. sedeh giler. ank aku pun heran apsal mak dia menangis tak tentu pasal..

Farra Dhelina said... [Reply to comment]

tak tgok pon..tapi bila bc snpsis kat sini, mmg best lah ye..ada msg..rugi tak tgok!! nak tgok kat tonton lah!!

lily azliyana @ mama zara said... [Reply to comment]

huhu..mmg tersentuh hati sgt2 tgk citer nih..tp kontrol nangis sbb tgk ngan mak..cume air mate jekla bergenang2..serius best n bykkkkkkk pengajaran..bab buang bayi ni mmg dh jadik isu serius kat mesia skang ni kan..=(

Nana said... [Reply to comment]

lelord-heeee kan??sedih gile la..

ibu ayu-hehe saya seb baik sorang2 je kt umah xla segan nk nanges2

et-heheh nanges beria2

kak ngah-hehehe sedih sgt2 kan?

fara-heheh sila2...buleh g kat tonton

lily-tu la nye mmg tersentuh sngt...
mmg sampai btol msg cite ni

mama_umar_maryam said... [Reply to comment]

erk..terlepas la nk tgk citer nih,klu x confm bangi banjir ;p

SyaNa said... [Reply to comment]

memang sedih!!
nasib syarul xde
kalo xsegan jek aku nk feeling
hahaa
aku pn nangis siap hingus2 kuar
hhahaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...