MARI MENDERMA DENGAN KLIK2 :)

Friday, March 11, 2011

Oil refinery ablaze after devastating Japan earthquake, tsunami



KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia menasihatkan orang ramai agar menjauhi pesisir pantai Sabah dan Labuan dari jam 6 petang hingga 12 tengah malam ini sebagai langkah berjaga-jaga dan waspada kemungkinan berlakunya ombak besar.

Dalam laman web http://www.met.gov.my/, Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan satu gempa bumi kuat bermagnitud 7.4 skala Richter telah berlaku berhampiran Perairan Timur Honshu, Jepun pada pukul 2.15 petang, hari ini.

Pusat gempa bumi tersebut terletak di Latitud 36.0 Utara Longitud 141.2 Timur, 4078 kilometer Timur Laut Kudat, Sabah.

Orang ramai dinasihatkan agar menyebarkan maklumat ini kepada seramai dan secepat mungkin.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia turut melaporkan satu gempa bumi kuat berlaku di laut Bali pada jam 01:09 pagi hari ini.

Gempa dengan magnitud 6.5 pada skala Richter itu telah berlaku di Laut Bali dengan pusat gempa bumi terletak di 7.1ยบ Selatan dan 116.8 Timur, 1033 kilometer dari tenggara Sarikei, Sarawak namun tiada ancaman tsunami dikeluarkan.

Jabatan Meteorologi Malaysia sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan yang terkini.

Gempa Bumi Skala 8.8 Di Jepun, Amaran Tsunami Dikeluarkan

Sementara itu, Bernama melaporkan, gempa bumi berskala 8.8 skala richter telah menggempa Jepun di bahagian timur laut Honshu Jumaat lalu dan amaran tsunami berketinggian 6 meter telah dikeluarkan, hasil dari laporan sebuah agensi berita dari China, Xinhua.

Agensi meterologi Jepun menyatakan bahawa magnitud gempa bumi yang melanda Honshu adalah berskala 7.9.

Namun, pasukan tinjauan geologi dari Amerika Syarikat kemudiannya menyatakan bahawa ianya adalah berskala 8.8.

Gempa bumi tersebut berlaku pada jam 2.46 petang waktu Jepun dan gegaran dapat dirasai hampir di seluruh kawasan pesisir Jepun termasuk Tokyo dan Osaka. Gegaran itu bermula 382 kilometer di kawasan timur laut Jepun dan berkedalaman 10 kilometer dari dasar laut.

Antara kawasan yang terjejas teruk akibat daripada gempa bumi tersebut adalah Kamaishi, Wilayah Iwate dan beberapa kawasan rancangan televisyen. Sebuah kilang nuklear di wilayah tersebut juga telah ditutup susulan daripada gempa bumi tersebut.

Jepun telah mengeluarkan amaran tsunami yang berukuran 6 meter dan Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii menyatakan amaran kepada Jepun, Rusia, Kepulauan Marcus dan Kawasan Utara Mariana.

Amaran tsunami turut dikeluarkan untuk Guam, Taiwan, Filipina, Indonesia dan Hawaii.

setakat jam 7 malam seramai 32 orang terkorban..semoga rakyat malaysia kat sana semuanya selamat...

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

3 ribu orang memberikan idea bernas:

Farra Dhelina said... [Reply to comment]

menakutkan kan..

mama rifQy said... [Reply to comment]

doakan sume kite selamat.amin

IEZA said... [Reply to comment]

Memang menakutkan..ini menandakan dunia semakin tua..@ mungkin ada hikmat sebaliknya...Apa yang berlaku semua Kehendak Allah..kita hanya mampu berdoa..untuk jauhi dari musibah seperti ini..(malaysia)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...