MARI MENDERMA DENGAN KLIK2 :)

Thursday, March 10, 2011

trilogi cinta

sape nengok cite ni?aku baru follow 4 episod setakat ni ntah mcm mana minggu lepas TERtengok sekali bezz la plak....nak2 hero dia hero pujaan hati aku..xkisah la orang nak kata dia hero tua ke hero pencen ke tp aku tetap suke dia....

part paling sakit hati tu nengok adik ipar dia yang mereng nak goda abang ipar sendiri rasa nak lempang2 je...hehehe...tapi bab adik ipar nk goda abang ipar tu dah ada sama mcm cite rosyam berlakon ngan vanida imran, cite isabella tu kan?

serius kata la..cair nengok rosyam nor berlakon jadi suami fauziah gous alahai..romantik nye....mesti orang2 yang blom kawen ada angan2 nak dapat suami romantik mcm tu..hehee... aku plak yg sengeh2 malu bila dia romantik2 ngan fauziah gous haha over ko...nape la amrul tak romantik mcm tu kan?hehe..xpe la xromantik pon dah kuar juga sorang..kekekke...

hye abang rosyam saya minat awak :)

Sinopsis Trilogi Cinta

Kisahnya bermula dengan mengambil latar situasi berlaku selepas tamat peperiksaan STPM, Norjinah terpaksa memilih untuk menjadi pembantu rumah Razif kerana tidak tahan selalu dimarahi oleh dileteri oleh bapa tirinya, Pak Badar.Perkara itu dicadangkan abangnya, Anuar yang pernah menjadi pembantu peribadi Razif, pemilik Raz Corporation dan juga salah seorang ahli lembaga pengarah Mawar Holdings milik keluarga isterinya.

Kedatangan Norjinah ke rumah Razif, di saat Razif berdepan dengan masalah rumahtangga apabila isterinya Salmi, meninggalkannya untuk bersama lelaki lain, Amir. Salmi meninggalkan Razif kerana jatuh cinta dengan rakan perniagaannya itu.Kerana cinta yang mendalam, Razif sanggup mengambil Salmi semula apabila Salmi dtinggalkan oleh Amir selepas terlibat dengan kemalangan. Salmi dibawa pulang ke rumah dan diberi layanan yang tidak berbeza oleh Razif. Sikap Razif membuatkan Norjinah kagum dan menghormatinya. Razif memaafkan semua kesilapan masa lalu Salmi. Salmi sangat terharu pengorbanan Razif.

Salmi yang menjadi serba-salah dan kekurangan telah menyarankan Razif berkahwin dengan Norjinah tambahan lagi anak-anaknya Balkis dan Ameera rapat dengan Norjinah. Badrul, adik Salmi amat kecewa dengan perkahwinan mereka kerana telah jatuh cinta dengan Norjinah. Pak Badar, bapa tiri Norjinah menabur fitnah bahawa mereka berkahwin kerana telah terlanjur. Norseha pula memberontak untuk ke Kuala Lumpur. Hasratnya tercapai dan menetap di rumah Razif dan Norjinah setelah Salmi meninggal dunia. Norseha selalu menggoda Razif dan tidak henti mencari peluang. Norseha didapati mengandung setelah dinodai Shahrul adik bongsu Salmi.

Kehidupan Norjinah terus dirundum pelbagai sengketa tapi mujur Razif dan ibunya Mak Nab selalunya menyokongnya serta anak-anak Razif memberi kekuatan kepadanya.Lalu bagaimanakah kesudahannya? Mampukah Norjinah dan Razif mempertahankan ikatan cinta mereka meskipun pelbagai halangan yang mendatang? Sejauh manakah Razif dan Mak Nab mampu meneruskan usaha membela Norjinah?



Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

38 ribu orang memberikan idea bernas:

mama tisya said... [Reply to comment]

mmg suka tgk lakonan rosyam nor cz fav actor...tp syg tk ikut citer ni...

PUANSTOBERI said... [Reply to comment]

akak da tgk awal2 lagi. tp bkn akak yg sker folo. tu ha...osmet akak sorang tu.
tp oke gak la dia sker..sng sket akak nak suh dia romantik cam RN tu. miahahahhaha

IEZA said... [Reply to comment]

Kadang-kadang Follow..kadang-kadang tak..ni lagi la..dalam pantang..tak tgk tv pun...tapi jalan ceritanya best..lagi2 Rosyam Nor (Hero Malaya)berlakon memang best...

Pn. Zana said... [Reply to comment]

sy tengok. tp kengkadang je. selalu lupe..hehe. boleh gitu.:)

.::Lynn::. said... [Reply to comment]

tgok jugak.. tapi byk yg dah tertinggal...

Farra Dhelina said... [Reply to comment]

sweet gila kan lakonan rocam..mmg rmntk hbs lah..best nya lah klu laki org rmntik mcm tu..ekeke

ita cutevirus said... [Reply to comment]

nana,
kekadang ita pon layan gak drama² kat rtm ni..
ada gak yg best².. cumenyer kurang promosi je..
sian kan?

Watie Rose said... [Reply to comment]

hi dik, akak mmg peminat tegar citer nih...kalau terlepas boleh tgk kat faztvnetwork @ drama melayu.com dari start episod 1...mmg best citer nih..kalau bukan org kita yg support siapa lagi kann....skarang dah episod 30 lagi 10 episod jer lagik...

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said... [Reply to comment]

cite feberet aku lately..
ahad- selasa mlm, titton kul 11pm ++ la.. heehhe, geram seh ngan seha, rase nk hempuk2 je, merenyam!

eLYies said... [Reply to comment]

baru jugak layan dr episode 28-30 je..tp aku tau kisah ni..sbb cam pernah baca novel ni dulu

suka giler tgk rosyam belakon..terus tangkap cintan ngan dia!!

SyaNa said... [Reply to comment]

eh ni mcm cite novel kan
aku da baca novel ni..dia adaptasi dr novel tu ye??
eeiii rugi nye xtgk

qemaishak said... [Reply to comment]

memang layan cite ni..apasal la ji tu baik & lembut sgt, untung dpt bini camtu & laki romantik habis hehe

mama_umar_maryam said... [Reply to comment]

aku tgk gitu2 je,tp aku tau mmg best citer nih,cume aku try utk elak jd ketagih nk tgk,hhahaha

kuntumz said... [Reply to comment]

jln citer yg mnrik tpi bila dilakonkan lagilah menarik...
tlg, saya jth hati pada watak Razif...hahahhaa

~~@lyci@~~ said... [Reply to comment]

alycia mmg ikut certa ni dr awl lg.. sbb dh pernah bc novel tu.. makin lame makin bestkan.. gerammm dgn seha tu .. eiiii ;p

Nana said... [Reply to comment]

@mama tisya

kita baru je ikut..
bez la plak
dah lama tak follow drama bersiri mcm ni

Nana said... [Reply to comment]

@PUANSTOBERI

hahaha
asben akk suke ke
jrg org lelaki tgk drama2 gini kan
hahaha
tu la bez nye la kan klw laki kita romantik mcm rn

Nana said... [Reply to comment]

@IEZA

tu la..jalan cite mmg bez
saya plak baru tau je
pasal cite ni
rugi tak nengok dari mula

Nana said... [Reply to comment]

@Pn. Zana

hehehhe
saya start tau cite ni
mmg xlupe..
tapi baru2 je nengok

Nana said... [Reply to comment]

@.::Lynn::.

aku tgk dah tengah2
ok la
still bole paham lg

Nana said... [Reply to comment]

@Farra Dhelina

yallah fara...
gile cair nengok rosyam ni
mmg roantik gile..
cair..cair hahahha
kan?beznye klw dpt laki mcm tu

Nana said... [Reply to comment]

@ita cutevirus

itu la
banyak drama bez2
ramai org tak tau

Nana said... [Reply to comment]

@Watie Rose

wah tq kak kasi info
saya mmg carik pon
cite episod lepas
tgk kat youtube tak banyak episod yg ada..
tq kak

Nana said... [Reply to comment]

@♥Leily|Ummi Alya Husna♥

hahah sama2
ahad-selasa
tido lamabt
semata2 tunggu cite ni
mgm nk hempuk2 je si seha gatal tu

Nana said... [Reply to comment]

@eLYies

sure bez novel tu
tgk jalan cite ni pon bez kan
tu la pasal
mmg tangkap cintan ngan rosyam hahaha

Nana said... [Reply to comment]

@SyaNa

ahh btol2
adapatasi dari 3 novel
mmg bez wei

Nana said... [Reply to comment]

@qemaishak

lembut sgt..
smpai org pijak pale
melampau plak hehehe
btol rosyam tu alahai romantik nye

Nana said... [Reply to comment]

@mama_umar_maryam

hahaha
klw ko nk tau
aku dah lama tak follow drama bersiri
sebab tak mau ketageh la
tp tertengok cite ni
buatkan aku tros follow

Nana said... [Reply to comment]

@kuntumz

btol..
jalan cite sgt menarik
mgm jatuh chenta ngan watak razif
romantik gilaaaaaaaa

Nana said... [Reply to comment]

@~~@lyci@~~

ala..
kita tak baca pon novel tu
nak g carik la nanti
hehehe
tu la seha tu merenyam btol la

Wani said... [Reply to comment]

besh gilerrr cite niiii

Cik Wanie Ghani said... [Reply to comment]

wanie akn sentiasa menunggu hari Ahad,Isnin & Selasa utk menonton cerita "Trilogi Cinta",
mmg best sgt2,
berkesan sungguh lakonan mereka,
tambah2 lagi si Seha tue,
adoilah,
naik geram dibuatnya:)

juelee said... [Reply to comment]

saya mmg layan cete nie.. cete ni adaptasi dari novel sharifah au saleem, sebijik cam dalam novel tu..
novel u ada 3 buah, mmg best gile novel tu, nages2 baca..

tiefazatie said... [Reply to comment]

sis..xthn ow pic yg kedua itu!heee

Nana said... [Reply to comment]

@Wani

ha tu la nye
mmg bez
sayang nye
baru tau cite ni

Nana said... [Reply to comment]

@Cik Wanie Ghani

heheh
sama la wani
lepas tau ad cite ni
mmg menanti2
ari ahad-selasa hehe
seha tu rasa nk sekeh2 je

Nana said... [Reply to comment]

@juelee

kak long xbaca la novel dia
tp serius la
bez..
tgk drama ni tingin lak nk baca novel dia

Nana said... [Reply to comment]

@tiefazatie

hahaha
ala pic lama la ifa
belom kawen lg time tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...