MARI MENDERMA DENGAN KLIK2 :)

Saturday, April 9, 2011

sein & nana rujuk

Sein, Nana tak sanggup hidup solo



KALAU memang pemergian dan kehilangan ini sudah tersurat, dia reda dalam keterpaksaan. Tapi, dia mahu berusaha buat kali terakhir kerana, baginya masih ada ruang dan harapan untuk kasihnya pada isteri dan anak-anak kembali bertaut.

Biar getar terasa di jiwa namun digagahi juga mulut melontarkan kata-kata untuk bersama kembali.

“Saya sedar saat kami berpisah dulu disebabkan pemikiran masing-masing yang tidak matang. Cepat panas dan buat keputusan drastik. Selepas berpisah dan hidup solo tanpa anak dan isteri di sisi baru terasa kosong,” luah Sein, 28, saat bertemu empat mata dengannya pada majlis doa selamat yang berlangsung di Masjid Attaqwa.

Menurut pemilik nama penuh Syed Hussein Syed Mustafa itu, dia menganggap perceraian lebih tiga bulan itu sebagai ujian daripada Allah kerana baginya ia telah disusun oleh-Nya.

Buat Nana atau nama sebenarnya Noor Diyana Muhammad, 27, pula, pada masa Sein melafazkan talak satu kepadanya, dia harus berjuang secara solo demi membesarkan dua orang cahaya matanya, Syed Taariq Alqudsy Syed Hussein, 4 dan Sharifah Inaiya Alqudsy Syed Hussein, 2.

“Masa itu saya fikir yang saya boleh jadi ibu tunggal dan membesarkan anak-anak dengan baik. Tetapi sebenarnya susah. Bukan mudah untuk menjadi ibu tunggal. Semua urusan anak perlu dibuat sendiri tanpa bantuan Sein. Sein memang banyak membantu dalam menjaga anak-anak,” kata Nana yang turut memberitahu, Sein juga tidak kisah menukarkan lampin anak-anaknya.

Sepanjang proses perceraian, Nana akui beberapa kali air matanya membasahi pipi. Air mata yang sengaja ditahan, akhirnya gugur juga saat terpandang wajah anak-anak dan mendengar rengekan anak yang menginginkan ayahnya. Mahu sahaja memeluk tubuh anaknya erat-erat demi meluahkan rasa bersalahnya. Mahu sahaja meluahkan kata-kata maaf atas apa yang berlaku.


SEIN menceraikan Nana dengan talak satu sebelum kembali memujuk isterinya itu untuk rujuk sebagai suami isteri semula pada 11 Mac lalu.


“Setiap malam, Taariq sering bertanyakan Sein. Kenapa papa tidak ada. Papa pergi mana,” katanya mengenai perihal anak sulungnya, Syed Taariq yang masih tidak mengerti proses kehidupan manusia.

Namun begitu, menurut Nana, Sein sering kali bertemu dengan Taariq dan juga anak perempuannya, Sharifah Inaiya. Jika tidak dapat berjumpa, Sein akan menghubungi dia dan anak-anak untuk bertanya khabar.

Tambah zuriat

Menebak soalan kepada Nana bagaimana Sein mengajukan soalan rujuk kepadanya dan bagaimana reaksinya, Nana memberitahu, pada awalnya dia meminta Sein memberikannya ruang untuk berfikir.

“Dalam tempoh dua bulan lebih selepas bercerai Sein sudah beri petunjuk tentang hubungan kami. Akhirnya, Sein berjumpa dan bercakap tentang rujuk, namun saya minta padanya untuk berfikir,” kata Nana.

Namun kerana tidak mahu terlepas peluang keemasan disebabkan perkara-perkara yang tidak dijangka akan datang, dia mula memikirkan permintaan bekas suaminya pada waktu itu.


TUMPANG GEMBIRA. Antara rakan selebriti dalam program Sehati Berdansa, (dari kiri) Anita Baharom dan suami, Ismadi serta anak mereka, Syifa Dhia Nurina dan Minarwan Nawawi hadir memberi sokongan kepada Sein dan Nana.


Bagi dirinya, masa begitu berharga. Lebih mahal jika dibandingkan dengan emas dan permata. Jika tersilap membuat pertimbangan atau terlewat beberapa saat, pasti dia akan menyesal seumur hidup.

“Akhirnya, saya setuju untuk bersama Sein semula demi anak-anak dan juga perasaan kasih sayang yang masih menebal kepadanya,” kata Nana jujur.

Kini, jelas kedua-dua pasangan sejoli itu akan perbaiki segala kesilapan yang dilakukan. Lebih memahami dan bertolak-ansur, mereka juga tidak akan cepat melatah dalam membuat apa jua tindakan.

Saat diajukan soalan kepada Sein dan Nana sama ada mereka akan pergi berbulan madu atau ingin menambahkan zuriat, Nana memberitahu, buat masa ini tiada lagi perancangan.

“Buat masa ini, Sein masih lagi belum memindahkan barang-barangnya di rumah sewanya. Banyak lagi perkara yang perlu dilakukan. Kami juga ingin memupuk semula hubungan yang pernah terputus sebelum ini dengan sebaik-baiknya,” katanya.

tumpang hepi..aku suke tengok couple ni..moga berpanjangan jodoh diorang kali ni

sumber : kosmo online

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

5 ribu orang memberikan idea bernas:

deqlis said... [Reply to comment]

alhamdulillah ...moga mengambil pengajaran bagi kedua2x mereka...baguslah dah rujuk semula..

harap bersatu ke akhir hayat...

Farra Dhelina said... [Reply to comment]

alhmdlh smga berkekalan hendknya..

♥MAMASYAZA♥ said... [Reply to comment]

alhamdullillah, semoga kekal hingga ke akhir hayat...aminnnn

nelly said... [Reply to comment]

sweet nya !

ieda said... [Reply to comment]

alhamdulillah .. akak ada jugak baca berita dia berdua nie ..
setiap manusia ada kelamahannya ... kalau mereka boleh salaing memahami dan ingin mengubah hidup dan bersama kembali ..

kita doakan agar dengan ini mereka terus kuat hadapi badai yg mendatang .. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...