MARI MENDERMA DENGAN KLIK2 :)

Friday, July 15, 2011

sekali lagi : sweet sgt cite dia

ari rabu aku & girlpren ira,deah & nana tak lupe damia sekali g tengok cite sekali lagi...2minggu baru bole tengok cite ni wei..kalau ikut plan minggu lepas dah tengok..tapi dan2 plak masa aku pegi TGV blackout jadinye wayang di anjakkan minggu yg satu lagi..(nak tiket murah nye pasal amek gak ari rabu hehe..)

cite ni bez..sangat sweet cite yang santai tapi sgt terhibur..ada juga part sedih damia nanges..hahahah pastu dia malu takut orang lain nampak dia nanges dia tutup mata start dari scene sedih tu sampai la kuar wayang!

masa dalam wayang aku usha2 tengok damia..dia tgk wayang sambil tersengeh nak2 bile banyak scene budak mia sara tu..dia memang minat sangat ngan mia sara tu...walaupon ada antara ktorg yg xpuas ati sebab ending dia shiela tak bersama amran semula..tp bagi aku ok la..cite ni lari dari kebiasaan dari apa yg orang fikirkan...sangat enjoy!


tengok la dah kuar wayang pon dia tutup mata dia lagi..hehehe
malu dah nanges
burok bebenor muke aku time ni kan muke penatt


Sinopsis Sekali Lagi:-

Selama ini, ARMAN percaya bahawa dirinya merupakan seorang pengidap autisme. Namun realiti sebenarnya bakal berubah dalam sekelip mata, ketika dirinya semakin menghampiri hari perkahwinannya. Untuk sebab yang tidak diketahuinya, Arman mendapat mimpi yang menyuruhnya agar tidak meneruskan perkahwinan dengan FARINA. Hubungan Arman dan Farina juga semakin bermasalah. Malah, dalam satu salah faham, Farina telah bergaduh dengan Arman dan meninggalkannya seorang diri di tepi jalan. Dalam perjalanan pulang itu, Arman hampir menjadi mangsa ragut samseng.

Mujurlah, AMY, seorang kanak-kanak kecil yang berada di situ, memekik dengan kuat, dan sekaligus memaksa menyelamatkan Arman. Sungguhpun Amy hanya berusia 5 tahun, Arman dapati kanak-kanak itu amat pintar dan berdikari sekali, malah lebih pintar dan berdikari berbanding dirinya sendiri. Persahabatan terbentuk di antara mereka, dan Arman banyak berkongsi masalah dan pengalaman dengan Amy. Berdasarkan pengalaman hidupnya sendiri, Amy memberikan banyak idea dan nasihat kepada Arman. Apabila Arman menyatakan rasa ragu-ragunya untuk meneruskan perkahwinan, Amy mencadangkan kepada Arman agar bertanya beberapa siri soalan kepada Farina dan juga ahli keluarganya.

Secara beransur-ansur, Farina dan ibu Arman mula merasai perubahan Arman. Dalam masa yang sama, ibu Amy sendiri, iaitu SHIELA, turut merasai perubahan yang berlaku pada Amy. Amy nampak lebih ceria berbanding dahulu. Shiela merasakan dirinya terhutang budi pada HARIS, si duda baik hati, yang sanggup menjaga Amy ketika Shiela pergi bekerja sebagai kerani pada waktu siangnya.

Sebagai balasannya, Shiela akan membantu Haris membasuh pinggan mangkuk di warungnya selepas waktu kerjanya itu. Selama ini, Haris sememangnya jatuh hati pada Shiela, tetapi Shiela cuba berdalih kerana dia sendiri sedang terkurung dalam sejarah hitam yang tidak diketahui sesiapa, termasuk Haris. Ibu bapa Haris di kampung sudah bertemu calon isteri yang sesuai untuk Haris.

Apabila wanita itu bertindak datang berjumpa Haris di Kuala Lumpur, Shiela tahu bahawa sudah tiba masanya untuk dia membuat keputusan. Amy amat sukakan Haris dan mahu Shiela bersetuju sahaja dengan perkahwinan itu. Demi anaknya itu, Shiela akhirnya bersetuju menerima lamaran Haris. Segalanya sepatutnya menggembirakan, namun, dalam sekelip mata, hidup Shiela juga bagaikan berubah, apabila dia bertemu Amy bersama Arman.

jom join JULY Giveaway

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

14 ribu orang memberikan idea bernas:

e.l.i.z.@ said... [Reply to comment]

tu ar..eli pun x puas hati shiela kawen ngan pak harris..rasa mcm shiela ada 2 laki plak ekkeke..tp okla, at least semua bahagia =)

atty's said... [Reply to comment]

bulan ni lom tgk wayang lagi..kena kurangkan aktiviti skit.sbb anak2 nak peksa..

Myra Jay said... [Reply to comment]

Damia memang hayati watak betul :)
Memang turun minat mama dia :)

ieda said... [Reply to comment]

alooor x dpt tgk .. x perlah leh abca sinopsis pun ok dah :)

watyz said... [Reply to comment]

cam best jer citer nye.
damia siap menangis menghayati citer btol dia kan..

syanasaid said... [Reply to comment]

byk nye watak
haha aku da konpius baca sinopsis

shame2 la mia ni nangis
hahaaa

Nazz@Purple said... [Reply to comment]

nak gi tgk...

fazilzura said... [Reply to comment]

tgk dia nye iklan pun , mmg rs cite ni sweet sgt

My Aisy said... [Reply to comment]

ala tak dapat nak tengok...anak kecik...tapi pelakon mmg tak hingat best...

lia said... [Reply to comment]

wahhhh damia pandai malu yer.... ;p

Mama Zharfan said... [Reply to comment]

eehhe damia dh paham tgk citer2 gini yer

~ana~ said... [Reply to comment]

wah damia...smpai nangis2 tuh tgk wayang..pandai menghayati cerita betul..:)

mummy_ayu said... [Reply to comment]

kan..sgt2 best...malam nie nak tgk kat astro first plak..tgk ramai2 ngan family...

tiefazatie said... [Reply to comment]

comel je damia..ttp muka eh..hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...