1. Bersihkan lepas guna
Guna perlalatan yang sesuai seperti blower dan microfiber cloth. Pastikan kamera bersih dari habuk, pasir dan air.
2. Elak dari sinaran matahari yang berterusan
Jangan biarkan kamera korang berjemur, nanti kamera korang sunburn..hehe..
3. Elak terkena air
Anggap
ke kamera korang tu macam kambing, tak boleh kena air langsung. Kalau
terkena jugak, terus lap dengan kain kering. Lepas tu simpan dalam
drybox. Kalau takda drybox, simpan dalam container pastu letak silika
gel yang korang selalu jumpa dalam kotak kasut untuk menyerap
kelembapan. Kalau korang biarkan kamera dalam kelembapan yang tinggi,
kemungkinan besar fungus atau kulat akan membiak terutama kat lens yang
boleh menjejaskan kualiti gambar. Kos nak bersihkan fungus pun bukan
murah, dalam RM100 ke atas.
4. Gantung
Jadikan
menggantung kamera di leher sebagai habit. Tak pun korang lilitkan strap
atau tali kamera kat tangan supaya kamera tak jatuh berkecai di lantai.
Hati korang pun akan berkecai sekali..hehe.
5. Gel Silika
Wajib ada dalam beg kamera korang untuk menyerap kelembapan.
6. Filter
Masa
mula-mula beli kamera seeloknya beli filter sekali untuk setiap lens.
Kalau korang beli 2 lens, pastikan dua2 lens ada filter, kalau 20 lens,
maknanya beli 20 filter..hehe.. Boleh pakai UV filter atau pun CPL
filter. Filter sangat penting untuk elak lens terkena habuk. Lens pulak
bukannya korang boleh lap macam tu je sebab nanti akan merosakkan
coating lens.
7. Screen Protector
Kalau
sayang screen kamera tu bolehlah pasang. Kalau tak sayang pun kena
pasang jugak sebab kos nak tukar screen bukannya murah. Paling bagus
pakai yang hard cover, takut2 terhentak screen tu, takla pecah.
8. Pasir
Seelok-eloknya
elakkan bawak dslr di tepi pantai atau tempat yang berpasir sebab pasir
boleh masuk di celah2 lens dan button kamera. Paling parah kalau masuk
dalam lens sebab boleh menyebabkan lens “jam”. Kalau nak bawak jugak,
balut dslr korang dengan kain atau plastik.
9. Jangan, jangan dan jangan
Jangan
pegang kamera korang jika tangan tak bersih terutama selepas memegang
losyen, sunblock, minyak rambut dan apa-apa jenis pun produk penjagaan
diri. DSLR terutamanya amat sensitif dengan produk-produk seperti ini.
Basuh tangan terlebih dahulu dan keringkan dengan kain sebelum pegang
kamera.
10. Sejuk ke panas
Kalau
korang bawak kamera di tempat yang sejuk cth bilik berhawa dingin dalam
jangka masa yang lama, pastikan korang tak keluarkan kamera dari beg
secara mengejut bila keluar dari bilik berhawa dingin atau ke tempat
yang lebih panas. Kalau korang buat macam tu, proses kondensasi atau wap
air akan terhasil dalam kamera & kemungkinan kamera korang
dijangkiti fungus sangat tinggi. Untuk elakkan perkara ni berlaku,
biarkan kamera dalam beg, dalam 15- 20 minit sehingga suhu kamera sama
dengan persekitaran. Pastu baru korang boleh keluarkan kamera dari dalam
beg.
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!



5 ribu orang memberikan idea bernas:
satu lg yg ramai miss pasai DSLR ni..
jgn selalu snap bnyak2 pastu delete..
rugi shuttercount nnti..
rugi jugak jangka hayat DSLR anda..
Tq dear!!! Share info ni.. ;)
kalau nak berjaya semesti snap banyak2..shutter count tak kisah sgt...tak rosak pun DSLR kalau shutter count tinggi..hahaha..tukar shutter pun dlm rm300-500 macma tu..
tapi kene jugak syg dgn shutter count..duit mana nak cari kan..eceh..ehehe
kalau ade masa leh lah baca fatwa sesat dlm photography nie..
http://wanhazel.blogspot.com/2011/12/tutroial-photography-fatwa-sesat-dalam.html
tq2 utk tips ni
thans for the tips.
tapi lecehnya nak jaga..dah la mahal, nak jaga pon macam susah. takpela saya sambung aje la pakai kamera point & shoot saya ni aje..huhu
Post a Comment