MARI MENDERMA DENGAN KLIK2 :)

Tuesday, January 10, 2012

rawatan alternatif cara islam : As-suffi

pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih banyak2 kat sorang silent reader blog aku ni...masa bulan 12 aritu aku ada dapat email dari natilie syuhada..dia ada baca pasal aku cite nana keding ada sakit thyriod..& dia cadangkan satu tempat berubat ni kat sri damansara katanya kakak ipar dia ada sakit thyroid & lepas berubat kat ustaz sardi alhamdulillah thyriod dia dah baik...akhirnya baru malam tadi kitaorang ada masa nak g berubat si nana...

buat masa skang ni..sakit nana tu dah stage 2, kira dah tahap bahaya ye..setiap ari kena makan 7 biji ubat...& nana tau sakit ni pon baru lagi dalam bulan 11 aritu, tau2 je dah stage 2, tu pon sebab mata kiri dia besar sebelah tu baru dia pegi cek...sekali cek doktor kata dia ada thyriod..& skang ni nana kena berulang check kt spital & amek ubat sementara tunggu doktor scan tengok mcm mana..sama ada bole operate atau tak.kalau teruk sangat tak bole operate sebab bole bawa maut..yallah..aku tak tau sampai mcm ni bahaya sakit thyroid ni...

ok la malam tadi kami bertiga teman nana berubat kat ustaz sardi ni, nama tempat ni as-sufi, perubatan 100% cara islam xde jampi2 serapah ke apa..sebelum berubat tu ustaz tu ckp kita guna kuasa aura..siap  buat lawak awk penah tgk dragon ball tak??yang dia pusing2 kuasa aura..amenda ntah tu..ha mcm tu la kita buat...kita alihkan sikit urat yang berkenaan tu...insyallah..kita berusaha kan...yang lain2 kita tawakal & berserah kepada allah...janji kita kene YAKIN, insyallah...tak ada penyakit yang tak ada ubatnya kan...

walaupon ustaz ni rambut dia panjang ala2 rockers..tp jangan main2 ye..kagum tengok dia..dah mcm doktor dah dia terang2kan pasal sakit thyroid tu..satu yang bagus nye..ustaz ni masa berubat dia pakai sarung tangan & setiap kali dia nak sentuh tangan kita walaupun beralas dia akan minta izin dulu..tempoh berubat tak lama..dari kul 8.35 - 8.50 nana kena duduk bersandar kat kerusi tu lepas ustaz tu baca2 ayat & suruh nana baca selawat & mengucap, ustaz ni kan..dia dah tau apa masalah kita sebelum sempat kita nak cite kat dia lagi..dia mcm bole baca apa yg dalam fikiran kita ni

ok ni pengalaman nana masa tempoh berubat tu :

-nana kata masa ustaz tu bacakan ayat2 & sentuh kat tangan dia..dia rasa tyroid kat leher dia yg membengkak tu terus jadi surut! otomatik jadi surut lepas ustaz tu baca2 ayat quran...(ustaz tu kata dia betulkan sikit mana urat2 yang patut..) lepas abes je sesi nana berubat. ustaz tu ada tanya awak pernah jatuh tak?or awak penah kena demam panas tak masa kecik2?nana kata jatuh xpernah..demam panas tu xingt plak nanti saya tanya mak saya...

ustaz tu ckp saya nampak ada satu urat kat belakang kepala awak tersepit tu pasal awak selalu sakit kepala kan?? (nana tak bagitau ustaz tu pon yg dia selalu sakit kepala) & aku mmg tau nana selalu sakit kepala..sebab asal ktorg kuar je..mesti dia ngadu sakit kepala...& pagi ni nana sms aku bagitau dia tanya kat mak dia masa kecik2 penah kena demam panas ke?mak dia ckp ahh mmg ada!

gambar2 kurang berkualiti sekalian dari tab xkan nk bawa kamera besar gedabak g berubat kan?
lepas abes turn nana, si deah plak berubat resdung, tengok muka deah teruk kan resdung punya pasal..mcm biasa ustaz tu suh mengucap & selawat, dia baca2 pastu dia sentuh kat bahagian muka dahi, pipi, hidung lepas tu dia bgtau makan kena pantang..jangan minum ais!, ikan masin jeruk tu jgn makan, seafood seme..
 sebenarnya lepas abes turn diah, turn falsya plak berubat..lupa nak amek gambar hehe..sebab aku khusyuk tengok ustaz tu berubat, falsya berubat pasal dia nye lump.


insyallah..lepas ni ktorg kena datang lagi untuk rawatan susulan...apa2 pun..kita hanya berusaha kan....sembuh atau tidak penyakit tu semua nye kuasa allah....sekurang2 nya kami dah usaha mencuba rawatan alternatif yang lain..selain dari rawatan dari hospital..

yallah ya tuhanku..kau sembuhkan lah penyakit sahabatku nurafliana...sedih dia..sedih juga kami...sakit dia... sakit juga kami....gembira dia... gembira juga kami....yallah sebaknye time aku taip entry ni :(  

kepada sesiapa yang berminat nak mencuba rawatan kat as-suffi ni..ini ada alamatnya :

2-2, Jalan Meranti SD 13/5
Sri Damansara
Ustaz Sardi
012 669 4720
waktu rawatan isnin-jumaat 
pasal bayaran : tiada dikenakan bayaran, seikhlas hati :)


aku tau..mungkin ada orang jenis tak percaya kaedah rawatan mcm ni kan?itu terpulang kepada masing2..aku memang dah biasa pegi berubat tempat2 ni,memang dah banyak sangat tempat2 perubatan alternatif cara islam ni aku pernah pegi teman berubat kakak aku, antaranya : darul syifa( ustaz harun din), darul ruqqiyah, at-taqwa, pusat rawatan darul salam (ustaz ismail kamus) mcm2 lagi lah...semua ni menggunakan ayat2 quran tak ada jampi2 serapah....tak salahnya kita mencuba..mana tau dengan izin dariNYA penyakit kita tu sembuh...

21 ribu orang memberikan idea bernas:

Falsya said... [Reply to comment]

adoiii..sebak aku bace enrty ko nie.harap2 gurlfriend kite tuh sembuh mcm biasa..luaran tuh xpe la kami redo..;(

PUANSTOBERI said... [Reply to comment]

Alahai adikku sorang tu. Kalo kat opis ni mmg org takkan tau la dia sakit camtu skali. Kat opis ceria je dia. cam dulu gak.

Apa pun thanks Nana, share info ni. Akak rasa nak pegi la nati. Tgk apa yg patut ttg masalah akak yg menanti rezeki tak kunjung tiba tu kan??
Sbb akak penah gi DarulSyifa, plan nak pegi lagi nati, tp tgk yg ni, bleh try gak ni.

Thanks again Nana :)

Ena said... [Reply to comment]

selagi rawatan tak bercanggah dengan islam.. elok la ita berusaha kan nana.. nak kena pegi jugak ni.. thanks nana.. share pasal tempat ni..

eB ezrin said... [Reply to comment]

tq nana. leh try..

~diAhOntHeblOg~ said... [Reply to comment]

bukan na..stage 2..

~diAhOntHeblOg~ said... [Reply to comment]

aku pn sedey baca bawah skali tu..huhu..syg die..sgt2!!

cik Jue Aka Ibu Farisyah said... [Reply to comment]

NANA KENA BUAT APPOIMENT DULU KE?INGAT NAK BAWAK FARISYAH LA...

Nana said... [Reply to comment]

@Falsya

kan..bergenang juga air mata aku tai taip entry ni

Nana said... [Reply to comment]

@PUANSTOBERI
dia mmg xmo org nampak dia sakit kan...
akk elok juga tu apa kata akk try...
mana tau kan kak kita usaha je

Nana said... [Reply to comment]

@Ena
tu la pasal..aasal tak bercanggah xde salahnye kan

Nana said... [Reply to comment]

@eB ezrin
ur welcome..
klw nk g better call dlu tau

Nana said... [Reply to comment]

@~diAhOntHeblOg~
owh silap...tu la sebak aku rasa

Nana said... [Reply to comment]

@cik Jue Aka Ibu Farisyah
better akk call dulu sebelum datang

IntaNBerliaN said... [Reply to comment]

mcm best je prubatan ni tp jauh la pulak... mg kwn nana tu smbuh dr tiroid..

watyz said... [Reply to comment]

sedih baca n3 ko. aku tgk dia hr tu pon sian gak. siap geng2 lain pesan kat dia jgn galak sgt minum air sejuk tu. sian kat dia. moga2 nana keding cepat sembuh.. eh kalo g nak try la. sakit apa? x tau la... hahaha

encik said... [Reply to comment]

ada bayaran...air mineral doa tu kena bayar rm 2.00...dan yg ikhlas tu masuk kotak hitam

Tini Hussin said... [Reply to comment]

Salam, mcmmana kwn tu. dah pulih ke

Al-Imran's Creations said... [Reply to comment]

salam,

no phone tu, no fone ustaz sardi tu ke? atau pembantu nya?

beritapanas said... [Reply to comment]

Aah no fon plz....

beritapanas said... [Reply to comment]

Aah no pon plz...

suhaila Md noor said... [Reply to comment]

Salam...mcmana dah ye penyakit nana tu dah sembuh ke...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...