MARI MENDERMA DENGAN KLIK2 :)

Wednesday, February 22, 2012

sumpahan kum kum

Sumpahan KumKum Poster




2minggu lepas nye cite...g tengok sumpaham kum kum...sebenarnya ni cite pilihan terakhir..sebabnya seme cite yg baru2 dah ktorg dah tengok, bila dah xde cite nak di tengok kan..itu la yang biasanya amrul bole layan cite2 melayu...heheheh aku xkisah je nak tgk cite melayu xde hal...bese klw nak tgk cite melayu mesti tengok ngan gefren..klw ngan amrul memang tak dapatla..hahah...klw ada tu maknanya kitaorang dah tak tau nak tgk cite apa...atau pon filem tu cite pasal kl gangster, or cite yang shahizey sam blakon

bagi pendapat aku cite ni terlalu slow....aku terasa mcm lama sangat aku dalam wayang tu..biasa klw cite best kita rasa cepat je nak abes kan?cite dia xberapa seram...nama je cite seram tapi ada beberapa scene yang sebenarnya seram tapi aku gelak sebab kelakar & nampak kebodohan nye skit (pergh mlampau nye kuar ayat bodoh hahha..) kata komen ikhlas kan...kena la dengar komen membina dari aku ni baru bole repair mana yg cacat ( bajet pengarah baca je review aku kan hhahaha)

mig memang banyak sangat keluar filem nye kan?sampai tak mampu nak kejar cite2 baru kat wayang..kena jadi selektif skit...supaya tak rasa membazir nengok wayang tu..ntah kenapa sekarang ni semua filem aku rasa mcm standed2 drama je...tp tu la..kdg2 tu wlpon cite mcm hampeh aku ttp rasa sonok keluar tgk wayang sebab nye wayang ni memang aktiviti wajib kami laki bini...aktiviti utk spent time sama2 nak g joging kt titiwangsa panas, penat ahaha...dok dalam wayang kan bez sejuk kunyah2 popcorn...

nak tgk full movie klik SINI

Sinopsis Filem Sumpahan Kum Kum

Cerita bermula apabila Mila (Shima Anuar) yang memiliki wajah berjerawat, malu dengan keadaan rupanya lalu berjumpa dengan seorang dukun bagi mendapatkan rawatan susuk. Pantang laranganya adalah Mila tidak boleh melihat cermin selama 44 hari. Di tempat kerjanya, Mila yang dahulunya langsung tidak dipandang oleh lelaki, mula menjadi siulan ramai. Mila tidak sabar untuk melihat wajah barunya dan dia melihat cermin. Wajah Mila bertukar menjadi hodoh dan Mila pergi berjumpa dukun yang sama untuk memulihkan wajahnya.

Setelah dipujuk dan dirayu, akhirnya dukun iaitu Mak Tom (Lydiawati), memberitahu Mila bahawa satu-satunya cara untuk memulihkan wajahnya adalah dengan meminum darah 9 gadis sunti. Mila mengekori Shima (Wawa Zainal) ke tandas dan membunuhnya serta meminum darahnya. Shima adalah anak kepada Mak Tom. Mak Tom bertekad untuk membalas dendam terhadap kematian anaknya dan memanggil Mila dengan mengatakan kononnya ada cara lain untuk mencantikkan kembali wajahnya. Mak Tom melibas Mila dengan cangkul dan memasukkan tubuh Mila yang nyawa-nyawa ikan ke dalam lubang yang telah digalinya. Sebelum ditimbus, Mila sempat menyumpah yang dia akan membunuh anak-anak sunti keturunan Mak Tom. Mak Tom mempunyai seorang cucu, Tini (Echa) dan Mak Tom bimbang Tini akan menjadi mangsa dendam Mila maka Mak Tom sentiasa bersikap dingin terhadap Tini. Hantu Mila (hantu kum-kum) sering merayau dan menggangu orang kampung.

Pada suatu hari, Mak Tom meninggal dan wajahnya berulat dan dipenuhi lipas dan serangga. Rahsia Mak Tom terbongkar apabila Adi (Feroz Khan), anak lelaki Mak Tom pergi berjumpa Mak Leh (Maimon Talib), ibu saudaranya, untuk mendapatkan penjelasan tentang hantu Mak Tom dan hantu Shima yang menganggunya. Adi menyuruh isterinya, Nurul, membawa anak mereka pulang ke KL. Di KL, hantu Mila mengekori Tini dan Nurul (Putri Mardiana) sehingga dirumah. Nurul mendapat panggilan dari Adi menyuruhnya mengunci semua pintu dan tingkap. Malangnya, Mila sudah berada didalam rumah dan sedang bermain dengan Tini. Nurul mengunci dirinya dan Tini di dalam bilik.

Di kampung, orang kampung sedang mengadakan upacara pengebumian mayat Mila. Adi bergegas pulang ke rumahnya di KL dan ketika tiba, Adi mendapati Tini berada di dalam bilik bersama hantu Mila dan sedang menjerit ketakutan. Adi berjaya membuka pintu dan mendapati hantu Mila sedang mengendong anaknya yang pengsan. Sebelum sempat hantu Mila menggigit leher Tini, hantu Mila menggelupur kerana pada ketika itu, di kampung, orang ramai sudah selesai mengebumikan mayat Mila dan sedang membaca Yassin. Di kubur Mila, kelihatan sorang wanita berjubah dan berhijab sedang berdiri tunduk melihat batu nisan.

Published with Blogger-droid v2.0.4

7 ribu orang memberikan idea bernas:

AdaM Hawa said... [Reply to comment]

cite antu mmg x pnh dan x akan kot tgk kat panggung.. hehehe..

♥MAMASYAZA♥ said... [Reply to comment]

teringin gak nak tgk tapi rasa cam seram sgt kot. takut le pulak...hehehehehe

atty's said... [Reply to comment]

itulah..bagi kty pun tak seram langsung..slow bangat lak tu

lia said... [Reply to comment]

x mau tgk cter hantu.... tobat da... hu3

LiErOSe~QiEmi said... [Reply to comment]

mana lagi seram, sumpahan kumkum ke santau keramat tv3 setiap khamis tu hihii

Cik FaRiZaM said... [Reply to comment]

ramai kata cite ni seram gak. sy jrg tgk cite melayu kat wayang, slalu download je. hehe~

lama tak melawat sini...rindu plak

Nana said... [Reply to comment]

@AdaM Hawa
Hahaha yeke kita lak mmg kan tgk kt tv
Drama antu kat tv mmg xberani tgk
Sebab tgl bdua je takot hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...