
Nyawa Nurul Nadirah Abdullah yang lebih mesra dipanggil Dirang, diragut secara kejam apabila mangsa dipercayai dicekik sampai mati sebelum mayat kanak-kanak malang itu dimasukkan ke dalam lubang dan dibakar di kawasan perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai di sini.
Satu sumber berkata,
seorang daripada empat suspek yang ditahan mengaku membunuh Dirang, 5,
dengan cara mencekik mangsa sebaik sahaja kanak-kanak itu diculik
ketika keluar dari rumah seorang diri di Flat Seri Delima, Bandar Seri
Alam, Pasir Gudang di sini. Ketika itu mangsa hendak pergi ke kedai.
Selepas
mangsa sudah tidak bernyawa, mayat Dirang dibawa ke kawasan rumah
terbengkalai kira-kira lima kilometer dari rumah mangsa dan dibakar.
Sumber
itu memberitahu, suspek yang tinggal tidak jauh dari rumah mangsa
mendakwa dia bertindak demikian kerana dendam selepas pernah dihina dan
dipandang rendah oleh nenek mangsa.
“Dirang terus dibunuh dan dibakar pada hari dia hilang pada 1 Mac,” kata sumber itu.
Sumber : Kosmo



13 ribu orang memberikan idea bernas:
speechless.....
isk..bunuh jer la nenet tu buat pe bunuh budak tak bersalah tu.....
kejam sgttt
hurmm...lepas bunuh si saspek tu plak...
budus, marahkan nenet cucu jadi mangsa...
hadoi..bls dendam cr mcm tu lak..
keja, zalim...
ade ke patut!! buat gitu sbb dendamm!!
bodoh nak mampus.. geramm.. tgamak buat budak kecik mcm tu..
ko nak bls dendam, cari lah nenek tu! erghhh
*hai kak nana.. sy dtg melawat! hehehe..
jahat gile!!!!
ya allah...kejam sangat...
xleh nak bace psl news ni, rs geram jek..ape2pun takziah utk keluarga dan pada yg berslh tu cpt2 la hukuman..gilak!
anak yg tak berdosa menjad mangsa...:(, sedih la
sgt2 sedih...
Post a Comment