semalam dapat call yang palingggggggggggggg teruja dalam hidup
hello..ni nana ke?saya kapten shahrol wakil dari istana terengganu saya nak datang amek kuih sarang semut yang tuanku nur zahirah order
hah???aku blur ni...aku cakap istana?istana mana??
kapten tu bagitau lagi owh akak xde dapat call ke dari setiausaha sulit tuanku nur zahirah, pasai tuanku nak order kuih akak??
aku terkejut gile dengar hah??tuanku nur zahirah??bekas permaisuri agong kita tu??permaisuri terengganu??dia order kuih saya??biar betul ni???
betol kak..nanti saya sms kan kat akk mesej yang saya dapat dari setiusaha sulit tuanku..saya ni wakil dari pihak istana kat kuala lumpur
kapten tu kata dia nak amek semalam juga, dalam tenghari, tapi aku cakap
aku perlukan masa sebab nak packing cantik2..ye la..nak bagi kat
sultanah terengganu kan, mak aku kata xkan nak kasi togel2 kena la
packing lawa2 sikit, bukan orang biasa yang beli ni..
ini adalah sms dari setiausaha sulit tuanku kepada kapten shahrol wakil dari pihak istana
yang di forwarkan kepada saya, sebab saya kata saya tak dapat apa2 msg dari setiuasaha sulit tuanku
yallah..sumpah aku mengigil dengar tak terkata mcm terkelu lidah ni...tuanku nur zahirah order sarang semut aku?biar betul ni?? dah la baru 3 hari lepas aku borak2 ngan kakak & mak pasal tuanku nur zahirah ni..mmg baru je sebut2 nama tuanku..
on the way balik keje semalam kan, aku call kapten shahrol tu minta dia forwardkan no phone SUS(setiausaha Sulit) tuanku nur zahirah, lepas dapat no dia aku call tros, cik H nama dia..aku pon bagitau la saya nana..tuanku minta order kuih saya ye..owh..nana ye..ye..tuanku order kuih awak..
aku tanya mcm mana awak tau saya jual kuih sarang semut?SUS jawab, owh..tu saya tak tau la..sebab saya dapat nombor awak dari tuanku nur zahirah sendiri. hah???tuanku sendiri yang dapat no saya??dia cakap yea..tuanku yang bagi no awak..dia cakap ni no nana ada dua nombor tolong call untuk tempahan.dah sah2 tuanku jumpe no patik dalam blog kan tuanku?hehe..
malam tadi kapten call lagi sekali, katanya dia akan hantar anak buah amek kuih kat umah aku, dalam kul 8.30 datang sorang anak buah kapten collect kuih..dia kata esok pagi kuih ni dah nk di hantar ke istana nur nadhirah..sebab raja muda flight balik terengganu esok, so bawa sekali kuih ni untuk tuanku, tu sebab kami kena datang amek malam ni juga.
mujor la..aku dah siap buat kuih ari ahad lepas...mcm tau2 je tuanku kan saya dah siap buat..hehe..
mujor jugak la ari ahad lepas aku dah siapkan 13 botol sarang semut, makanye bole la bagi kat tuanku 2 botol.pagi tadi kuih tu dah selamat di terbangkan ke istana nur nadhirah kat kuala terengganu.yallah..risau plak, harapnye tuanku suka la dengan kuih patik...
malam tadi pembantu tuanku datang amek kuih ni kat umah, katanya flight raja muda kul 8.30 pagi, maybe dah sampai kot kuih ni kat istana
.
ampun tuanku beribu ampun..sembah patik harap di ampun...sekiranya ada tulisan patik di sini yang tak patut di publish, patik minta maaf, tapi patik sangat teruja kerana tuanku adalah pelanggan pertama patik yang membeli kuih sarang semut tu, keterujaan ni mengalahkan patik memenangi peraduah yang menawarkan hadiah yang lumayan, tak pernah seumur hidup patik bermimpi seorang sultanah akan menempah kuih raya dari patik, order dari tuanku ni membuatkan patik tersenyum sepanjang hari semalam.patik amat meminati tuanku, personaliti tuanku serta segalanya...alangkah bahagianya kalau patik di beri peluang untuk berjumpe dengan tuanku, tapi tak mengapa..walaupon patik tak berpeluang bersua muka dengan tuanku, tapi patik sangat bangga kerana tuanku order kuih hasil buatan patik sendiri..selamat hari raya buat tuanku sekeluarga...salam sayang dari patik...Nana.
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!