ahad lepas ktorg g redeem adiah free stay kat i-hotel jalan maharajalela.rasanya ramai kawan2 dapat kan free stay ni, sape yang dok luar kl bez la..datang kl cuti2 duk otel free, pastu kalau rasa nak sambung untuk malam kedua dapat plak 50% diskaun..
hotel ni hotel baru letak nye tak jauh dari dewan bahasa jalan hang tuah.antara tempat menarik yang berdekatan dengan hotel ni KWC, berjaya time square, sungai wang, low yatt (tapi kalau nak g soping mall ni seme harus la naik kereta yea) agak jauh kalau nak jalan kaki..otel ni kira tengah2 la..nak g jalan tar pon xberapa jauh sangat
ok nak cite pasal hotel, first impression masuk je em..cantik! bajet hotel tapi design dalam dia lawa, bersih & selesa..masuk je dalam bilik wah..cantik juga dinding dia sangat berkenan dia nye walpaper. dalam bilik ada tv, blik air juga bersih (towel di sediakan) ekon sejuk! saya suke hahaha..
cumanya kalau sape yang ada anak dua orang jangan amek deluxe room ni yea..agak kecik kalau ktorg bertiga ok lah..dalam bilik hotel tak bole smoking, tapi dalam toilet bole la..agak2 rasa nak smoking bole nai roof top ada tempat lepak2 utk isap rokok.
masa nak check in saya di beritahu oleh staff hotel yang room rate akan dikurangkan selepas ni tapi tak tau berapa dia akan kurangkan, mcm bilik ktorg dapat harga dia RM128/nite, saya rasa mmg wajar kot pihak hotel nak kurangkan sikit lagi harga. masa check in staff diorang akan minta RM50 sebagai deposit, esok kita checkout dia pulangkan balik.
so far bagi saya hotel ni sangat selesa, cumanya kedai makan tak de yang dekat2 kalau ari weekday mungkin ada kot kedai makan sebelah dbp tapi kami datang weken kedai tu tutup, so malam tu amrul tapau kfc makan dalam bilik, tapi jangan risau incase lapa ke bawah hotel ada seven eleven.
cuma satu je cadangan saya pada pihak hotel (entry ni aku nak email kat hotel hehe..) tolong lekatkan arah kiblat kat siling bilik boleh?tak ada arah kiblat dalam bilik..masa nak solat turun bawah tanya budak recep.ok la tu saje review saya pasal hotel ni..tq i-hotel bagi ktorg penginapan percuma..
reception area

.
ada 3 tingkat seme kami dapat tingkat 3

.
deluxe room

.
tv3 xdapat siaran..lain2 ok hehe..ada movie siaran astro
bilik air sinki canggih terkial2 cari punat nak buka air haha punya la moden rupanya kena pusing kat kepala dia

.
ada water heater

roof top

.
bangunan paling tinggi tu berjaya time square
Published with Blogger-droid v2.0.9