MARI MENDERMA DENGAN KLIK2 :)

Friday, February 22, 2013

ikan patin masak tempoyak


Fuh.cam xcaya je bole msk ikan patin tempoyak ni..ni seme gara2 dapat sebekas tempoyak dari makcik amrul yg kat melaka tu, ari ahad g pasar carik lauk tetiba amrul mluru kat tempat ikan rupanya dia cr ikan patin.

Mak kita xpenah msk menu ni sebab dia xmkn ikan sungai, pesen dia klw dia xmakan dia xmasak so krorg pon xmerasa la hehe..penah skali je mkn masa buka puasa atas highway arwah fil blanje.
Kita ni baru2 juga pandai makan tempoyak ni, dulu mana makan...skali dah try sambal tempoyak dengan daun kayu tu baru jatuh cinta ngan tempoyak.mak kita pon xpenah msk tempoyak kat umah tu kita xreti mkn.

Ekceli kan dah lama amrul dok hint2 suh kita blaja msk patin tempoyak ni, kita wat derk je haha..sampai la ada skali tu dia kata awak reti x buat patin tempoyak?aritu wife kwn dia buat perghh sedapp dia kata, tetiba kita rasa tercabar muahaha...kita ckp kat dia mmg la sy xpandai masak, tp klw ada resepi insyallah saya bole buat.

Jadi ni la dia hasil patin tempoyak kita buat kali pertama..berjaya! Saya xnak ckp sy msk sedap sebab seme orang pon klw msk mest la dia ckp masakan dia sedap kan?bagi saya cukup sy ckp saya berjaya masak sama mcm kat kedai hahah...

Senang je nak tau kita msk sedap ke tak, klw amrul makan bertambah tu maknanya sedap la di mulut dia tu haha...nak harap dia puji sedapnye yang...ikan patin awak ni..tunggu la smpai taun depan pon dia xkan ckp hahaha dah masak dah prangai dia tu..dia kata xnak puji sebab xnak kita kembang ceh!

Tapi nye kita tanya juga dia, ok ke?ye la sebab dia slalu ckp wife kwn dia msk sedap kan, nak juga tau kita msk sama je mcm wife kwn dia tu hihi...komen amrul ok, tp lenkali ikan ni masak lama skit.kita baca resepi jgn msk lama sgt takut ikan hancur.xpela percubaan kali pertama kan..nnt improve la tu

Ok ni nak share bahan2 nye
15 biji cili api
Sebijik bawang besar
1 inchi kunyit idup
3 sudu tempoyak ( kita suke kuah pekat so kita letak 5 sudu )
Daun kesom
Garam, tak dilupa serbuk perasa :-)
Tumbuk cili, bawang ngan kunyit
Gaul ngan tempoyak, masuk dlm piuk tambah air
Masak smpai mendidih last baru masuk ikan ngan daun kesom
Masuk garam, saya masukan gula sikit sebab nak balance rasa mcm tempoyak tu.
Kita baca petua nak ilangkan hanyir ikan ni, selain dr rendam air asam jawa petua paling mujarab katanya lumurkan ngan tepung gandum lagi bkesan dr lumur ngam asam jawa.

kengkawan yang pandai masak..cer kasi idea menu apa lagi yg bole masak ngan tempoyak?ada tgk menu zety sambal udang tempoyak ingt nak try nanti, jenuh fikir apa nk masak ni tempoyak sebekas dalam freezer tu
Published with Blogger-droid v2.0.10

12 ribu orang memberikan idea bernas:

syawalsimpsons said... [Reply to comment]

lm x mkn ikan patin msk tempoyak ni

♥cikmOt♥ said... [Reply to comment]

masak petai plus ikan bilis, pluas ngan tempoyak...perghhh terangkat lor...

diana said... [Reply to comment]

kalau saya pun suka ikan tu masak lama2..sampai bila angkat je dia terpisah dari tulang ikan.hehe

*azni* said... [Reply to comment]

feveret sy ni na..mmg sedappp...

lia said... [Reply to comment]

1 aku x suka masak ikan sungai ni sbb xtahan bau kalau ikan tu ikan bela...

Nad MamaZN said... [Reply to comment]

http://zakwan-afif-najmi.blogspot.com/2013/01/masak-masak-sambal-tempoyak-ikan-bilis.html?m=0

Xtau la nana suke ke tak
Tp bagi kite..
Perghhhh! :)

Noli@Ibu Wafa said... [Reply to comment]

pucuk paku msk lemak tempoyak hihi

amiey lee said... [Reply to comment]

hahaha aku plak laki tak makan petai..tempoyak..cencalok suma.. susah tul.nk.masak ikut selera aku.. yg dia suka simple2 aja..jadi aku pun reti masak simple2 hahahaha

Gieyana said... [Reply to comment]

Nnt nk try gak la weh..nmpak menarik laa..:-)

Nasuha said... [Reply to comment]

Jom! Jemput join segmen pertama saya http://nasuhanass.blogspot.com/2013/02/segmen-saya-suka-makan.html

BUNDA a.k.a KN said... [Reply to comment]

tempoyak...dengar jer dah bangkit selera..

mama_umar_maryam said... [Reply to comment]

pehhhhhh..syabbas nana mmg nmpk sedap aku percaye!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...