MARI MENDERMA DENGAN KLIK2 :)

Monday, June 10, 2013

Kempen Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata Edisi ke-4 (Ramadhan/Syawal 2013)

Assalamualaikum Para Sahabat ...
Kempen Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata ialah satu Program yang dijalankan melalui medium sosial Facebook untuk mengumpul seberapa banyak Baju Melayu ( Baru) dan Baju Kurung ( Baju ) untuk disedekahkan kepada Anak-Anak Yatim yang tinggal di Rumah / Pusat Jagaan Anak Yatim dan juga Anak-anak Fakir Miskin Asnaf Seluruh Malaysia( InsyaALLAH ) .
Baju-baju tersebut adalah untuk keperluan Hari Raya AidilFitri 2013.
 
Pengenalan
Pada Ramadhan dan Syawal Tahun 2010, sekumpulan Rakan Facebook telah memulakan satu Kempen / Program yang dinamakan Team SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA .
Pada Tahun 2010, 2011 dan 2012 , Team terbabit telah berjaya mengumpul lebih dari 7000 pasang baju Melayu (Baru) dan Baju Kurung (Baru) yang telah diagih-agih kepada lebih 30 Rumah Anak Yatim dan Fakir Miskin Asnaf sekitar Selangor, Kedah , Pulau Pinang , Johor, Terengganu , Kelantan, Perak, Negeri Sembilan dan Pahang .
 
Menjelang Ramadhan/Syawal 2013 ini , Team SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA akan bergerak buat edisi ke 4. Mohon kerjasama rakan-rakan semua untuk sama-sama berkempen program kebajikan ini. Kami sasarkan tahun ini untuk kumpul 10,000 pasang Baju Melayu (Baru) dan Baju Kurung (Baru). Seperti juga Tahun 2010, 2011 dan 2012, Kempen Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata 2013 secara rasminya menerima Akhbar Sinar Harian sebagai Rakan Media Cetak .
 
Tempoh Kempen
Kempen akan bermula dari 01hb Jun 2013 hingga 24hb Julai 2013 . kempen diadakan awal agar urusan penyerahan dapat dilaksana menjelang Hari Raya AidilFitri . ( Hari Raya Aidilfitri dijangka pada 8hb Ogos 2013 )
 
Bagaimana Kempen Ini Berjalan ?
Melalui rakan Facebook dan juga sokongan rakan-rakan kita akan mengwar-warkan untuk membeli sekurangnya sehelai Baju Melayu atau Baju Kurung yang akan dipos / hantar ke Pusat Pengumpulan . Hasil dari sumbangan tersebut , akan disaring dan diserah ke Anak-Anak Yatim terbabit berdasarkan bilangan dan saiz .
 
Saiz
Golongan sasaran adalah Anak Yatim dan Anak Fakir Miskin dalam lingkungan umur bawah 18 tahun . (antara umur 1 -18 Tahun)
 
Kaedah Penyerahan Baju
Ada 2 cara :-
1.    Menghubungi Rakan Facebook yang terlibat sebagai Penyelaras dan serahan tangan
 
1.1 Puan Sophia Othman 012-9878913 ( KL dan sekitarnya )
1.2 Zulastry bin Abdul Rahim 018-3912585 ( Negeri Sembilan dan sekitarnya )
1.3 Tuan Norakmal binti Abdullah 019-3652834 ( Selangor & KL )
1.4 Mohd Rozmie 016-5080442 ( Penang dan Utara )
1.5 Puan Fauziah Khalid 012-6958423 ( Negeri Sembilan )
1.6 Dayang Suryani 019-823168 ( Sabah )
1.7 Mira Faizura 0198759547 ( Kuching , Sarawak )
1.8 Amminuddin Mokri 019-2172767 ( Perak )
1.9 Zaida Zainuddin 012-3780542  ( Kajang, Bangi dan sekitarnya )
 
2. Menghantar ke Pusat Pengumpulan samada serahan sendiri atau kaedah POS ke :-
 
TEAM SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA
D/A: Tuan Norakmal bt Abdullah
Royale Millennium (M) Sdn Bhd
No 551, Tingkat 3, Wisma DMG,
Jalan Samudera Utara 1
Taman Samudera
68100 BATU CAVES SELANGOR
Tel. : 603-6186 3949 (waktu pejabat) 012-3652834 Puan Norakmal Abdullah
 
Pusat Pengumpulan Zon Negeri Sembilan
Puan Fauziah Khalid
No 2513 Jalan SJ 2/1
Taman Seremban Jaya 
70450 Seremban ,
Negeri Sembilan .
Tel : 012-6958423
 
Team Sehelaibaju Zon Sabah
Lot 7, 1st Floor,
Block C, Inanam Taipan ,
88450 Kota Kinabalu,
Sabah .
Tel : 019-8213168 ( Dayang Suryani )
 
Team Sehelaibaju Zon Sarawak
No 580, Lot 6639,
Samariang Aman Phase 4, Petra Jaya,
93050 Kuching,
Sarawak .
Tel : 018-8759547 ( Mira Faizura)
 
Setiap helai baju yang diterima melalui tangan akan diserahkan ke Pusat Pengumpulan untuk disaring saiz dan penjumlahan untuk setiap Rumah Anak Yatim .
Pihak Penyelaras TIDAK MENERIMA WANG TUNAI . Hanya sumbangan Baju Melayu (Baru) dan Baju Kurung (Baru) sahaja. Pihak Penyelaras juga TIDAK MENERIMA PAKAIAN TERPAKAI kerana program ini adalah untuk sumbangan Baju Raya sempena Hari Raya Aidil Fitri.
 
Akhir kata , Terima Kasih atas sokongan anda.
 
SEDEKAH ITU LEBIH TAJAM DARI DOA .
Sedekah itu umpama pohon yang akan bercabang 7 , setiap cabang akan berdahan 7 , setiap dahan akan berbunga 7 , setiap bunga akan berbuah 7 .
Sambil bersosial di Facebook , kita beramal.
 
Sebarang pertanyaan hubungi ( SMS ) saya :-
Zulastry Bin Abdul Rahim
018-3912585
( Penyelaras Program )
 
Maklumat lanjut boleh layari https://www.facebook.com/groups/sehelaibaju/
 


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

4 ribu orang memberikan idea bernas:

lia said... [Reply to comment]

bagus ko sebarkan n3 ni, nana.... aku xtau pon da ada semula program ni...

Masni Syafie said... [Reply to comment]

alhamdulillah...dengan adanya program amal seperti ini dapat membantu mereka yang memerlukan...
InsyaAllah jika diberi kesempatan utk terlibat jgk...ameen

kakngah said... [Reply to comment]

tahun lepas ada bagi sumbangan utk program sehelai baju menyapu air mata ni. sepasang bj kurung yang dijahit dengan sepenuh kasih sayang. masa tu baru2 nk bljr jahit. jahit pun herot merot lagi huhuhu!! tahun ni ada rezeki, nk bg sumbangan gak.. yg pasti, mau jahit sndr :)

Nad MamaZN said... [Reply to comment]

Tq nana share info ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...