MARI MENDERMA DENGAN KLIK2 :)

Tuesday, February 18, 2014

Patutkah Si Suami Temankan Isteri Bersalin?

 SANGAT PATUT & WAJIB KALAU KITA LA..hehe..

p/s: kepada sang suami sekalian..sila la teman isteri anak bersalin..nengok sendiri camane sakit nye nak keluarkan anak tu..alhamdulillah..kedua2 anak amrul teman...walaupon pada memula tu peluang nak teman kan mcm tipis je..tapi rezeki kita la..masa bersalin mia aritu klw ikut dia dh kena blk kluang sebab cuti dah abes kita tak bersalin lg..elok je siang sebelum dia balik tu kita kuar tanda..masa time darwish pon..dia kat lahad datu..sempat balik smgu sebelum bersalin...insyallah klw ada rezeki anak2 yg lain nak juga dia temankan

Apa kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi?

1. Meredakan debaran di hati isteri
Saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan, bukan isteri sahaja yang berdebar, malah suami juga. Kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. Jadi, sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain.

2. Meredakan kesakitan isteri
Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang.

3. Menimbulkan keinsafan di hati suami
Secara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan.

4. Lebih menyayangi dan menghargai isteri
Apabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak, bertarung nyawa dan menanggung segala kesakitan, boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi dan menghargai isteri. Hargailah isteri anda, wahai sang suami.

5. Lebih menghargai keluarga
Melihat proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai keluarga, bukan setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga kepada ibu yang melahirkan kita. Seperti mana kesakitan yang ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesakitan yang ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita.

Bagaimana suami boleh membantu, jika takut melihat darah?
Suami yang takut melihat darah, masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran). Pada tahap ini, isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap. Suami boleh membantu dengan cara:
- Memegang tangan isteri untuk menenteramkannya
- Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan
- Mengelap muka isteri apabila berpeluh
- Membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta beri air kepada isteri


 

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

8 ribu orang memberikan idea bernas:

Izni Hafiz Abdul Rashid said... [Reply to comment]

Pada pendapat teman, memang wajar suami temankan isterinya ketika bersalin...

syawalsimpsons said... [Reply to comment]

teringat saat2 melahirkan anak2 ni kan...si akob tak da rezeki nak tg anak2...si syawal kena vacum, si izz tu nurse hosp kajan x bg masuk sebab LB dier muat untuk 1 katil je...

Chekgu Azrine said... [Reply to comment]

Hubs akk sekali je teman bersalin which was ank sulong je..yg lg 3 xtmn..kesian katanya..huhu..

Nad MamaZN said... [Reply to comment]

Masa zakwan , papanya teman
Masa nayli, papanya tk sempat teman.. Nayli tak sabo nk kuar dah hihi

Zura@Iwan said... [Reply to comment]

mmg wajar suami teman isteri bersalin..

alhamdulillah...suami ak dpt teman gk masa ak bersalin dulu

zety said... [Reply to comment]

mmg patut hukumnye.kih3.

:: Cik Viva :: said... [Reply to comment]

Boleh jugak, tu pun kalau suami tu kuat smgt..ngeri pulak tengok pic tu..huhu

ladysara84 said... [Reply to comment]

Memang patut teman..suami ni bgaikn semangat..sy dulu bersalin lengan suami jd tempat kene tumbuk...hihi...takkn tumbuk doc or nurse pulkkn..memang silap2 kene pelempang..hihi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...