MARI MENDERMA DENGAN KLIK2 :)

Friday, June 26, 2015

Ada 10 Makanan Tidak Boleh Masuk Peti Ais



Selesai memasak, pasti anda terus masukkan lebihan sayuran atau makanan ke dalam peti ais. Jaga-jaga kerana tidak semua jenis makanan atau sayuran yang konon dianggap akan bertahan lama di tempat yang sejuk. Cuba elakkan membazir jika anda mula masuk dapur...

Bawang Merah

Kelembapan dalam peti ais membuatkan tekstur bawang merah menjadi lembik, mempercepatkan tumbuh akar dan tanpa sedar lebih cepat busuk. Seeloknya anda simpan bawang di tempat yang sejuk dan kering.

Kopi

Tidak ramai yang tahu sebenarnya, biji kopi atau serbuk kopi tidak elok disimpan di dalam petis ais. Ini hanya akan membuat kopi kehilangan rasa dan aromanya. Simpan kopi di tempat yang kering dan sejuk.

Minyak Zaitun

Kesan paling ketara, anda akan dapati tesktur minyak zaitun akan jadi cepat beku seperti mentega jika disimpan di dalam peti ais.

Daun Kemangi

Daun kemangi akan lebih cepat layu jika disimpan dalam peti ais. Lebih baik anda rendam daun kemangi dalam air agar tetap segar.

Madu

Madu tidak akan rosak jika anda menyimpannya dalam kemasan yang tertutup rapat. Jadi anda tidak perlu menyimpannya dalam peti ais. 

Bawang Putih

Tekstur bawang putih yang anda simpan dalam peti ais akan berubah menjadi seperti kering dan kecut. Lebih tahan lama kalau simpan bawang putih dalam bekas di tempat yang kering dan sejuk.

Roti

Roti akan lebih cepat kering jika disimpan dalam peti ais. Letak roti di dalam bekas yang ditutup sudah mencukupi, janji tidak melebihi tarikh luput.

Avokado

Mahu buah avokado cepat masak? Kalau peram di dalam peti ais, itu salah. Ini hanya melambatkan proses matang buah avokado.

Kentang

Menyimpan kentang dalam peti ais akan membuat teksturnya menjadi lembik dan rasanya menjadi manis. Lebih baik anda simpan dalam bekas.

Tomato

Letak tomato di dalam peti hanya buat tomato jadi cepat kecut dan hilang rasa segar. Untuk jaga rasanya, elok anda beli secukup buat masak sahaja. Atau tomato yang dibeli boleh direndam dalam sedikit air. Tetapi jangan simpan terlalu lama, nanti tetap juga tomato jadi cepat busuk.
ok, baru tau ok..dalam banyak2 list tuada 3 je yg kita letak dalam peti ais
tomato
kentang
bawang besar
ok dah tau pasni jgn simpan diorang dalam peti ais hehe

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

6 ribu orang memberikan idea bernas:

eima said... [Reply to comment]

tomoato la yg aku suka simpan dlam peti baru tau yag tak leh ek

syawalsimpsons said... [Reply to comment]

kebanyakkannya sue tak masuk peti ais..tp tomato yee jugak

syawalsimpsons said... [Reply to comment]

kebanyakkannya sue tak masuk peti ais..tp tomato yee jugak

ayu Ismail said... [Reply to comment]

padanlah tomato cepat kecut je..akak suka kalau masak letak tomato..tu kalau beli dah siap pack..

Lynn Hamzah said... [Reply to comment]

tq for sharing...

Lynn Damya said... [Reply to comment]

Salam, haaa berguna tips ni..kosong sikit peti ais nanti..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...