MARI MENDERMA DENGAN KLIK2 :)

Tuesday, August 11, 2015

sesi lebih lagi nutrisi bersama chef anis nabilah

event aritu berlangsung dekat young chef academy desa sri hartamas, tq waze bawa kami selamat sampai hehe...kita klw area2 situ mmg xpandai sangat jalan..mcm biasala..akan terjumpa kawan2 blogger cam ayu, anje, ayu rafikah, sheeda. ada 15 blogger yang di jemput secara ekslusif bersama anak yang berumur 3-7 tahun.

dugro food ar workshop ni chef nye ialah che anis nabilah yang terkenal dalam rancangan icip icip dalam asia food channel,beliau juga merupakan jurucakap untuk KEMPEN LEBIH LAGI NUTRISI DUGRO kecik sangat orangnya..& sangat2 peramah..rata2 bole tengok semua kanak2 sangat eksited! jangan kata anak2 mak pon eksited juga hehe...

ekceli dia mengajar mcm mana kita nak buat lunch box yang menarik untuk anak2 yang penting lengkap dengan semua nutrisi yang diperlukan..hiasan dalam lunch box tu pon memainkan peranan untuk menarik minat anak2 makan. penganjur dah sediakan nasi goreng, ayam goreng,sayur2 & buah untuk anak2 ni deco sendiri makanan tu mengikut kreativiti diorang.

semua decoration, anak2 yang buat mak2 hanya bantu sikit2 je..haih tak tau nak cakap mcm mana..seronok btol la damia..siap masa dia terap2 nasi goreng nak buat bentuk flower tu dia cakap ibu..best lah nanti kita datang lagi ek....

bekas makanan berwarna warni yang dugro bekalkan tu ada 3 warna, merah, hijau & kuning dalam dia dah siap ada 2 compartment, kalau korang nak juga sila beli susu dugro 2 pek & dapatkan 1 bekas makanan percuma untuk anak2 anda.

akhir sekali tq kepada penganjur sudi invite kami untuk kali kedua, harap2 lepas ni akan dapat banyak lagi invitation macam ni..seronok rasa habiskan masa yang berkualiti dengan anak buat aktiviti yang diorang suka

sampai tepat2 kul 10 saya mmg punctual kekeke..

 isi perut dulu nyam2
 wash hand first :)
 sebelum kelas mula


 mia & iris dok semeja memula xborak2 sangat dah nak abes baru memasing berkawan hehe..

 ni kakak buat ibu tlg2 je



 dah siap lunch box masing2 tengah tunggu org amek gamba

 hasil kerja kakak
 tasya dari rancangan bananana tv3 inteview anis akan keluar kat tv3 nanti tak sure bile 
  memasing ngan lunch box memasing & bole bawa balik bekas tu suke la diorang
 kakak & chef anis kecik sangat chef ni
 sebelum balik harus bergambar ngan kawan2 blogger ni sheeda first time jumpe biasa komen2 kt fb dia je hehe, sifu contest ni
 yang ni xpayah diperkenalkan lagi..sifoooo contest yg hebat ayu rafikah, kita amek aura sket mana tau lekat aura2 sifoo hahaha
 blogger nani, pernah oder kuih sarang semut ngan kita 
abaikan mata kakak tu hahaha
 berjumpa lagi selepas 2 minggu heheh aritu jumpa kt petrosains ayu mama iris & anje mama damia
 upacara penyampaian sijil
gamba ehsan dari anje tq
goodies bag dari dugro thanks! 



untuk makluman semua Dugro mempelawa ibu-ibu dan anak-anak di Malaysia untuk menikmati makanan dan nutrisi dengan cara baru, bermula dengan :-

1. Roadshow "Dunia Lebih Nutrisi Dengan Dugro" di seluruh negara, yang mana akan berlangsung di lebih 50 lokasi di seluruh Malaysia. Di sepanjang acara pelbagai permainan dan aktiviti interaktif serta idea seni makanan dan petua istimewa daripada Chef Anis :)

2. Di roadshow ini juga tedapat promosi eksklusif yang mana kita boleh dapatkan Bekas Nutrisi  Dugro secara esklusif dengan setiap pembelian 2 pek 900g Dugro 5 Nutri! Bekas makanan ini memudahkan ibu-ibu menyediakan makanan untuk anak-anak mereka untuk dibawa ke sekolah. Dalam bekas makanan itu terdapat petak berasingan, jadi mudahlah kita untuk menghasilkan makana secara kreatif.

3. Bermula 31 Ogos - 11 Oktober 2015, ibu-ibu juga berpeluang menyertai "Peraduan Lebih LAgi Nutrisi",  yang mana kita boleh menggabungkan petua-petua Anis Nabilah dengan hasil kreativiti ibu-ibu sendiri ya. Dan hasil seni itu dirakamkan (ambil gambar) seterusnya muat naik ke halaman facebook Dugro (http://facebook.com/DumexDugro) dan berpeluang memenangi hadiah yang hebat!
Untuk keterangan lanjut mengenai Dugro dan Kempen "Lebih Lagi Nutrisi", boleh layari www://dugro.com.my ataupun dengan menghubungu Dumex Careline 1800-38-1038.

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

 


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

4 ribu orang memberikan idea bernas:

mummy_ayu said... [Reply to comment]

seronok sgt... jgn kata bebudak, mak budak pun seronok. harap leh gather2 lagi..next time!

mama tisya said... [Reply to comment]

Pasni bole wat bento utk mia

AyuArjuna BiGoshh said... [Reply to comment]

hahah kiut jer damia dan iris berdua tuuuu

hamizah che mat said... [Reply to comment]

syoknya aktiviti mcm ni utk kids

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...