MARI MENDERMA DENGAN KLIK2 :)

Friday, September 25, 2015

Play Doh Shape a Colourful Community Blogger Campaign

Imaginasi sihat memainkan peranan penting dalam pembelajaran kanak-kanak. 
Selama lebih 50 tahun, PLAY-DOH® telah memberi inspirasi 
kepada kanak-kanak untuk bermain, mencipta, eksperimen dan mengukir ciptaan unik tersendiri.
Ini menjadikan Bulan PLAY-DOH® yang julung kali diadakan
 suatu berita yang amat menerujakan!

Bermula 21 ke 27 September di Ground Floor, 
HighStreet, 1 Utama, 
kanak-kanak dan orang dewasa berpeluang menghasilkan karya terbaik mereka 
berilhamkan Malaysia dari PLAY-DOH® 
menurut apa sahaja yang dipilih, samada ukiran, nombor ataupun huruf.

Semasa anda mencipta yang baharu atau mencipta semula yang sedia ada,anda turut berpeluang menyertai cubaan The Malaysia Book of Records untuk mencapai rekod hasil ukiran PLAY-DOH® 
paling banyak dalam satu hari pada 26 September (Sabtu). 
Kejayaan cubaan ini akan menyaksikan rekaan PLAY-DOH® anda 
dipamerkan untuk tontonan semua rakyat Malaysia, 
dan di mana ukiran paling kreatif akan memenangi hadiah PLAY-DOH® yang menarik!

Dengan PLAY-DOH®, imaginasi anda tiada hadnya.Anda juga boleh bekerjasama dalam pasukan atau secara sekeluargauntuk berkongsi idea mencipta sesuatu yang istimewa. PLAY-DOH® merupakan alat yang hebat untuk menggalakkan 
pembelajaran dan eksperimen– melalui pembelajaran secara terus-menerus,permainan tersusun dan galakan berterusan,kanak-kanak dapat belajar pelbagai kemahiran 
seperti mengenal bentuk, warna, mempelajari cara mencampurkan warna 
dan juga belajar kemahiran bersosial dan intelektual seperti kerjasama dan penyelesaian masalah.
Anda dan anak anda boleh mula “Membina Komuniti Ceria” dengan tip berikut:
Langkah 1:
 Bekerjasama sebagai pasukan bersama anak anda
 untuk membayangkan apa yang dapat mewakili Malaysia
 dengan paling tepat dan positif. 
Anda boleh melakarkan idea tersebut menggunakan pen penanda berwarna-warni, 
pensil warna atau krayon.
Langkah 2: 
Jelmakan idea menggunakan bahan PLAY-DOH®. 
Lakukan eksperimen dan beri galakan sesama sendiri semasa melakukannya.
 Anda boleh menggabungkan warna yang berlainan
 dan mencampurkannya dengan jari anda hingga ia menjadi warna lain
 dan gunakan bahan dalam rumah untuk menekan dan membuat 
pelbagai bentuk dengan bahan tersebut.
Langkah 3: 
Perhatikan sewaktu anda dan anak anda merubah reka bentuk hambar 
kepada karya 3D berwarna terbaik berilhamkan Malaysia!

Untuk maklumat lanjut dan terkini tentang Bulan PLAY-DOH®, 
sila layari laman web PLAY-DOH®: www.playdoh.com
 ________________________________________________________________________

adoi bizi kemain tak sempat nak buat entry ni..dapat free playdooh lepas tu ada tugasan....bukan free je tau heheh...kena la uli2 manja playdooh tersebut buat apa2 saje yg melambangkan malaysia..apa je...kalau terer bole je buat orang utan...hahaha terer ke masalahnye??

so cuti sekolah gini mmg sesuai sangat lah aktibiti uli2 kuih raya...eh uli2 playdooh ni kan..kasi minda tu berkembang sket...keluarkan kreativiti memasing...nengok apa jadi...hahah..seb baik menjadi rupa...

wow! cayalah...dengan ada instructor kat sebelah diorang dapat hasilkan bunga raya, bunga kebangsaan malaysia, buah manggis & kuih karipap untuk minum petang...kekekeke....good job kakak & pia! #playdohmonth2015









Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

3 ribu orang memberikan idea bernas:

zarena heeney said... [Reply to comment]

nana pergi tak esok?

lia ummiirfan said... [Reply to comment]

karipap playdoh tu nampak reallll... hihi..

Korang Tau tak?

♥ aNJe a.k.a MaMa_Balqis ♥ said... [Reply to comment]

wow ckreatifnya,, kita pun dah wat entry aritu, esk kalo nana pi leh la jumpa ye....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...