MARI MENDERMA DENGAN KLIK2 :)

Tuesday, December 15, 2015

fesyen blouse muslimah terkini



Jika anda amati dengan betul kehadiran koleksi pakaian tradisional dengan sentuhan yang lebih moden juga boleh didapati dengan cukup senang sekarang. Pakaian tradisional dengan rekaan moden kelihatan lebih stylish dan sesuai untuk digayakan mengikut arus trend fesyen wanita terkini. Kini antara pakaian Muslimah yang paling disukai adalah seperti koleksi fesyen blouse Muslimah terkini, baju kurung moden, kaftan, jubah moden, baju peplum kurung dan skirt labuh atau maxi skirt.
Berbanding dahulu, kini semakin mudah untuk mendapatkan baju Muslimah dalam pasaran bagi wanita yang memakai hijab ataupun tudung. Semakin banyak pilihan yang boleh dibuat dengan perkembangan fesyen Muslimah terkini ini. Malah banyak koleksi pakaian Muslimah yang diperkenalkan saban tahun oleh para pereka fesyen tempatan yang bersungguh-sungguh memberikan hasil terbaik dress Muslimah agar lebih popular bukan sahaja untuk pasaran tempatan malah ke pentas fesyen global.

Antara yang sering menjadi kegemaran hijabista adalah baju blouse Muslimah. Ianya sering menerima permintaan yang cukup tinggi dalam pasaran sepanjang tahun tidak mengira musim. Ianya juga boleh didapati dengan cukup mudah hampir di mana-mana kedai pakaian pun sehinggalah ke butik-butik terkemuka dan terkenal.
Menggayakan blouse Muslimah moden sebenarnya sangat mudah kerana apa yang anda perlukan adalah pengetahuan yang betul bagaimana atau cara-cara menggayakannya dengan sebaik-baiknya. Anda harus tahu apakah yang sesuai untuk dipadankan dengannya serta aksesori apakah yang boleh dikenakan dan jenis kasut yang boleh dipakai. Padanan Muslimah bottom yang paling sesuai sudah semestinya skirt labuh namun jika anda mahu mendapatkan gaya yang lebih chic apa kata match dengan jeans. Sempurnakan keseluruhan penampilan itu dengan fesyen tudung terkini yang sesuai ataupun shawl, serta sepasang kasut tumit tinggi atau wedges wanita.

secara peribadi saya adalah peminat blouse muslimah dekat zalora..ni buktinya setakat ni saya dah ada 4 koleksi blouse muslimah yang saya bli kat zalora, jadi sekiranya anda mencari blouse muslimah terkini untuk di pakai ke pejabat, pakai untuk sebarang majlis boleh lah shopping dekat zalora

3 peplum blouse & 1 blouse kat bawah brand zalia ni saya beli di zalora, sangat selesa, sangat cantik, sangat terletak & sangat berpatutan harganya
blouse ni saya mix & match kan..pakai dengan skirt cantik kan?

2 ribu orang memberikan idea bernas:

Chekgu Azrine said... [Reply to comment]

Dah lama sangat xbkk website zalora...lps ni nk usha2 la

syawalsimpsons said... [Reply to comment]

cantik2 baju nana ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...