MARI MENDERMA DENGAN KLIK2 :)

Tuesday, January 26, 2016

resepi popia kemboja

aritu ada share dah tapi gambar hilang so kita share sekali lagi resepi ni ok

resepi popia kemboja,resepi ni utk 50 biji so klw nak buat sikit agak2 la sukatan ye (1 peket kulit popia dapat 50 biji)

bahan2
1. 1peket kulit popia
2. 3 biji bawang besar
3. 2 biji bawang putih
4. 2 sudu lada hitam
5. 3 sudu sos ikan
6. 5 biji kentang
7. 2 biji carrot (diparut halus)
8. 1 peket ayam cincang
9. 1 peket suhun
10. garam & gula

cara2
1. tumis bawang besar, bawang putih & lada hitam yang ditumbuk halus, bila dah garing masukkan isi ayam,
2. bila ayam dah masak masukkan 3 sudu sos ikan
3. masukkan kentang yang dipotong dadu (pastikan potongan nya halus, lebih halus dari inti karipap supaya kentang cepat masak
4. masakkan kentang sehingga lembut
5. setelah kentang lembut masukkan suhun yang direndam di dalam air terlebih dahulu (suhun di potong 3)
6. masukkan gula & garam
7 setelah inti siap dimasak,tutup api & taburkan carrot yang telah diparut, gulung dalam kulit popia
8. goreng sehingga masak

 Tumis bawang besar,bawang putih & lada hitam yg dh ditumbuk,tak sedap klw blend lg sedap tumbuk
 Dah garing masuk isi ayam
Hancur masak sampai masak.resepi asal ada guna udang yg dihancurkan tp saya xletak udang.kalau tak suka ayam bole ganti dengan daging hancur tp lg sedap ayam
 Masukkan sos ikan,lagi sedap guna sos sotong tp susah nak jumpe saya tukar sos ikan,klw tak letak sos ikan dia kurang rasa aroma dia
Masukkan kentang masak sampai lembut
 Dah lembut kentang masukkan suhun,suhun ni potong 3 supaya xde lah besar2 sangat nanti nak makan
 Masukkan garam,gula,perasa.garam jangan letak banyak sebab sos ikan dah masin
 Dah siap inti tutup api baru masukkan carrot gaul rata
 Siap inti
 Masukkan inti dlm kulit popia gulung kan.satu sudu penuh utk satu kulit popia.sukatan resepi ni mmg cukup2 utk 50pcs kulit popia.buat banyak2 boleh frozenkan
 siap gulung
.
Siap digoreng.klw orang kemboja dia xmakan dengan sos mmg kosong camni je tp saya buat sos cili sendiri,mcm sos cucur udang tu
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

2 ribu orang memberikan idea bernas:

KhadijahAdibah12 said... [Reply to comment]

hai kak nana :)
boleh tak tanya soalan ni. hehe. akak sagat carrot dgn apa?

Nana said... [Reply to comment]

@KhadijahAdibah12
hai..
sagat guna penyagat
yang bole tukar2 mata tu
ada mata halus, begerigi kasar, gerigi halus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...