MARI MENDERMA DENGAN KLIK2 :)

Thursday, March 10, 2016

“THE LION GUARD: RETURN OF THE ROAR”








KARYA HEBAT DISNEY, “THE LION KING” MENERUSKAN KESINAMBUNGANNYA DENGAN “THE LION GUARD: RETURN OF THE ROAR”, SEBUAH RANCANGAN FILEM TELEVISYEN YANG AKAN DITAYANGKAN PADA 20 MAC, 11 PAGI DI SALURAN DISNEY DI MALAYSIA



10 Mac 2016, Malaysia: Karya hebat terbitan Disney, “The Lion King” meneruskan kesinambungannya dengan “The Lion Guard: Return of the Roar,” sebuah filem televisyen yang akan ditayangkan pada 20 Mac, 11 pagi di Saluran Disney (Saluran Astro 615) di Malaysia. Filem ini menampilkan Kion, anak singa kedua pasangan Simba dan Nala, yang menyandang gelaran ketua “The Lion Guard,” iaitu sepasukan haiwan yang ditugaskan untuk melindungi kawasan “Pride Lands”. Filem ini akan memperkenalkan rancangan bersiri “The Lion Guard” yang akan ditayangkan pada 17 April, 8.30 pagi di saluran Disney.

“The Lion Guard” menampilkan pelakon alih suara terkemuka seperti James Earl Jones dan Ernie Sabella yang masing-masing kembali memegang watak mereka dalam “The Lion King” iaitu Mufasa dan Pumbaa, sementara Rob Lowe memegang watak sebagai Simba dan Gabrielle Union sebagai Nala. Watak Kion pula dipegang oleh Max Charles. Pelakon alih suara lain terdiri daripada Joshua Rush sebagai Bunga; Atticus Shaffer sebagai Ono; Diamond White sebagai Fuli; dan Dusan Brown sebagai Beshte.

Berlatar belakangkan lanskap Savana Afrika, “The Lion Guard: Return of the Roar” mengisahkan bagaimana Kion menubuhkan pasukan “The Lion Guard”. Mengikut tradisi asal, “The Lion Guard” dianggotai oleh singa-singa paling berani dan gagah di “Pride Lands”. Namun begitu, Kion menongkah arus dengan melantik rakan-rakannya yang secara amnya dianggap tidak layak menganggotai pasukan tersebut. Mereka terdiri daripada sahabat baik Kion, Bunga, seekor “honey badger” yang berani, Ono, bangau yang bijak, Fuli, harimau bintang yang berkeyakinan tinggi, dan Beshte, seekor badak yang peramah dan sentiasa bersikap positif. Kumpulan “Lion Guard” yang baharu ini bersatu untuk melindungi “Pride Lands”. Menerusi filem dan rancangan bersiri, kumpulan ini akan menggunakan keunikan masing-masing untuk menghadapi cabaran bagi mengekalkan keamanan di “Circle of Life”.

Sempena pelancaran filem dan siri ini, kanak-kanak di seluruh Malaysia dan Asia Tenggara dijemput untuk mengambil bahagian dalam kempen "Show Us Your Roar" di halaman Disney Channel Asia Facebook (https://www.facebook.com/DisneyChannelAsia). Video mengaum yang paling kuat dan kreatif akan disiarkan di Saluran Disney Channel semasa tayangan perdana "The Lion Guard: Return of the Roar"!

“The Lion Guard: Return of the Roar” dan siri “The Lion Guard” akan turut disiarkan di saluran Disney Junior pada masa akan datang tahun ini.

Ford Riley (“Special Agent Oso”)  telah membangunkan filem dan rancangan bersiri ini dan menggalas tugas sebagai penerbit eksekutif. Howy Parkins (“Jake and the Never Land Pirates”) pula merupakan pengarahnya.


Tentang Saluran Disney Asia Tenggara
Saluran Disney Asia Tenggara bertanggungjawab ke atas pengurusan, pembangunan kreatif dan operasi komersil untuk saluran-saluran yang dimiliki Disney di Asia Tenggara (Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam, Kemboja, Brunei, Palau, Papua New Guinea dan Filipina). Perkhidmatan utamanya iaitu Saluran Disney adalah rangkaian televisyen kanak-kanak dan keluarga 24 jam yang berkisar tentang dunia kanak-kanak dan keluarga menerusi rancangan bersiri dan filem asal. Saluran Disney merupakan sebahagian daripada Disney/ABC Television Group.
Untuk maklumat lanjut, layari www.disney.my.

 
 
 
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

0 ribu orang memberikan idea bernas:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...