MARI MENDERMA DENGAN KLIK2 :)

Monday, November 14, 2016

SUMBANGAN UNTUK ADRA CARISSA

Atas dasar keprihatinan, saya ingin meminta sumbangan bagi pihak kawan saya mazliana binti mazkar yang sedang di timpa kesulitan…


Adra Carissa Binti Norhazafizan berumur 7 tahun seorang kanak-kanak yang dilahirkan normal, sihat & cergas, 3 minggu lepas tiba-tiba adra di dapati muntah dan pengsan di rumah, sekali lagi kejadian sama berulang di sekolah muntah, di serang sawan secara tiba-tiba pengsan…


Setelah di masukkan ke hospital doktor mendapati adra positif “autoimmune encephalitis” dimana antibodi badannya sendiri telah menyerang saraf otaknya. Ini telah menyebabkan adra menjadi lumpuh, tidak mampu bercakap, hanya terlantar di unit rawatan rapi di HUKM, makan dah minum melalui tiub


Di sini saya ingin memohon bantuan dari rakan-rakan agar dapat memberikan sedikit sumbangan bagi mengurangkan beban ibu bapa adra, di mana 2 adik beradiknya turut mempunyai masalah kesihatan, arfa carliff 5 tahun mempunyai masalah jantung dan armia carllis 3 tahun mempunyai masalah lebihan cecair di kepala


Semoga sumbangan dari kalian sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang di tanggung #prayforadracarissa

segala sumbangan boleh di salurkan ke dalam account bank:

nama: mazliana mazkar
maybank: 164016912494


Dari Abu Hurairah ra berkata, bahwasanya Rasulullah SAW bersabda, 'Barangsiapa menghilangkan kesulitan seorang mu'min di dunia, maka Allah akan melepaskan kesulitannya pada hari kiamat. Barangsiapa memudahkan orang yang tengah dilanda kesulitan, maka Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat
 




saya telah berkesempatan melawat adra sabtu yang lepas...allahuakbar....sebagai seorang ibu...tiada kata yang boleh saya gambarkan perasaan saya..sebak sayu sedih semuanya ada...saya cuba letakkan saya di tempat liana...mampu kah aku hadapi semua ni? tengok je adra terlantar dengan keadaan dia yang dah tak sama macam dulu air mata terus mengalir tak berhenti....kawan yang datang melawat sama2 hanya mampu tengok tak sampai seminit lepas tu dia keluar sebab tak sanggup sedih tengok adra

mazliana....semoga kau tabah hadapi ujian allah....sesungguhnya kau antara insan terpilih oleh allah untuk terima ujian berat ni...allah tak akan menguji hambanya di luar kemampuan hambanya...adra sayang....aunty doakan semoga adra cepat baik...semoga adra kuat sayang...


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

2 ribu orang memberikan idea bernas:

dorsett pink said... [Reply to comment]

Kesian nya adra.. yaAllah!!!

dorsett pink said... [Reply to comment]

Semoga Allah swt member kekuatan kepada keluarga ini untuk terus berusaha & berikhtiar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...