MARI MENDERMA DENGAN KLIK2 :)

Tuesday, May 30, 2017

jelajah gua kota gelanggi

ni gua ke-2 kita explore aritu trip gua maloi kat negeri sembilan, kali ni gua kota gelangi kat jerantut pahang...beza sangat ngan gua batu maloi aritu yang 98% dalam keadaan basah kali ni explore gua yang xde nak berbasah2 hehe..tak memenatkan...best and seronok..

cam biasa kami carpool dekat 11 kereta semuanya..meriah memang meriah...bayaran RM40 termasuk dengan makan tengahari.kul 8 gerak dari lrt gombak, berhenti2 tepi jalan cukupkan konvoi segala kul 10 baru sampai kat pintu masuk gua..

kami start masuk gua kul 10.30 dalam gua tu ktorg tempuh 7 gua..ada gua sanding, gua gelap, gua kepala gajah, gua potret mcm2 la setiap gua tu ada kisah & motis nye sendiri...and dalam gua tu kita akan dpt tengok mcm2 rupa bentuk hakisan batu yg menyerupai gajah, singa keris eh mcm2 bentuk la..

ktorg habis explore semua gua tu lebih kurang kul 2 petang..sampai kt port gua last tu kami lunch dulu kt situ then baru teruskan ke gua last iaitu gua tongkat..best..tak penat sangat..even berlecak peluh2 lencun segala...

balik tu kami singgah makan mertabak feri (femes kt jerantut katanya..) lepas tu malam tu kami singgah tepi sungai temerloh makan ikan patin masak tempoyak..baru la lengkap perjalanan ke pahang klw makan ikan patin..hehee....




tempat mat kilau bertapa satu masa dulu














dah siap2 mandi comei2 dah...nak g makan
.
mertabak ferry
ni alkisah tertinggal wallet kt kedai ni..dah makan siap seme..dah gerak dalam 15 minit gitu tetiba ada org call ckp wallet tertinggal kt kedai mertabak..apa lagi..cargas la patah balik kt kedai tu..mujor ada name card kita dalam wallet tu...klw tak de mmg tunggu la org tu pos ke rumah...tq adik pekerja mertabak ferry..jujur nya dia..klw dpt org lain tah2 wassalamu dah
ikan patin tempoyak yummeh!!!
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

1 ribu orang memberikan idea bernas:

Norliza Nordin said... [Reply to comment]

woww.. sonok2 aktiviti tu.. nasib baik jumpa kat orang yg jujur.. hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...