MARI MENDERMA DENGAN KLIK2 :)

Tuesday, June 6, 2017

RAPUNZEL BUAT KEMUNCULAN SEMULA MENERUSI 'TANGLED: THE SERIES,

baru2 ni kami dapat jemputan ke preview rapunzel..sambil2 tu ada sesi meet and greet dekat sunway pyramid...memandangkan hari kerja kena pulak cuti sekolah maka gigih la ibu apply cuti..nak spent time dengan anak2, esp kakak la..cuti sekolah tak ke mana2 kan..seronok la dia bole jumpa rapunzel..dia pon salah sorang peminat cite rapunzel ni...

mcm2 aktiviti ada kt situ ada  Meet & Greet with Princess", photobooth, sudut mewarna & online games. di samping tu juga ada contest utk hari tu gambar kreatif dekat sudut photobooth yg di sediakan...dalam kul 7.00 semua berkumpul dekat madam kwan utk sesi preview & majlis berbuka puasa...tq organizer sudi invite...seronok anak2 hari tu hadiah dapat..makan pon dapat hehehe...



RAPUNZEL BUAT KEMUNCULAN SEMULA MENERUSI 'TANGLED: THE SERIES,'  PADA AHAD, 21 MEI DI SALURAN DISNEY ASIA TENGGARA
Ambil bahagian dalam The Tangled Quest dari 21 Mei hingga 30 Jun untuk memenangi hadiah-hadiah eksklusif “Tangled: the Series”!

17 Mei 2017, Malaysia: Si gadis jelita berambut panjang, Rapunzel akan muncul dalam siri animasi terbaharu Saluran Disney, “Tangled: The Series”! Ditayangkan pada setiap hari Ahad, pukul 11:30 pagi di Saluran Astro 615, siri ini adalah gabungan di antara filem hebat, “Tangled” yang dihasilkan oleh Studio Animasi Walt Disney pada 2010 dan filem pendek, “Tangled Ever After”. Siri ini menyaksikan Mandy Moore dan Zachary Levi kembali memegang watak mereka sebagai Rapunzel dan Eugene.

Diserikan lagi dengan visual rekaan animasi menarik yang diinspirasikan dari lukisan Rapunzel dalam filem asal, siri ini akan mengisahkan tentang pengembaraan Rapunzel apabila dia mula mengenali dengan lebih dekat ibu bapanya, kerajaannya, dan rakyat Coronora. Sifat tidak mudah putus asa dan sentiasa ingin mempelajari benda baru membuatkan dia menyedari yang masih banyak perlu dia terokai dalam dunia ini sebelum boleh menggalas tanggungjawabnya sebagai Puteri Coronora.

Kisah utama yang akan diketengahkan dalam siri ini adalah hubungan Rapunzel dengan rakan-rakan dan keluarganya. Watak-watak kesayangan ramai dari filem asal akan turut memeriahkan siri ini. Antaranya, kekasih sang puteri, Eugene Fitzherbert (atau Flynn Rider); panglima diraja yang juga rakan baiknya, Pascal; kudanya yang setia, Maximus; dan Snuggly Duckling Pub Thugs. Siri ini akan memperkenalkan watak baharu, Cassandra (suara oleh by Eden Espinosa), seorang wanita kental yang menjadi orang kuat Rapunzel. Tidak ketinggalan, ibu bapa Rapunzal, King Frederic (Clancy Brown) dan Queen Arianna (Julie Bowen).

Kisah Rapunzel yang dekat dengan penonton, menyentuh hati dan penuh gelak ketawa menekankan tentang pentingnya untuk membina dan mengekalkan hubungan sesama manusia, di samping mengenali kekuatan diri dan sifat-sifat positif dalam diri kita. Kecekalan, keyakinan, sikap positif dan kreativiti Rapinzel menjadikan beliau contoh terbaik untuk para penonton cilik yang juga sedang belajar untuk menggalas tanggungjawab baharu seperti Rapunzel.

Untuk meraikan kemunculan semula Rapunzel di Asia Tenggara, Saluran Disney memperkenalkan pencarian watak di pelbagai platform, Tangled Quest. Dari 21 Mei hingga 30 Jun, para kanak-kanak dan keluarga mereka boleh mengambil bahagian dengan mengambil gambar Rapunzel, Eugene, Maximus atau Pascal dengan lambang Tangled Quest di Saluran Disney dan platform sosial milik Disney dan memuat naik di laman web Tangled Quest (www.tangledquest.com). Lapan puluh (80) pemenang bertuah berpeluang memenangi beg cenderahati eksklusif yang bertemakan Tangled.

Tangled Quest akan membuat kemunculan di Malaysia dan mengajak peminat Saluran Disney menyertai keseronokan dengan menjejaki watak-watak siri ini di beberapa aktiviti menarik yang akan diadakan di Kuala Lumpur.  Lokasinya akan diberitahu melalui petunjuk-petunjuk mingguan di Saluran Disney dan platform Astro Circle, jadi jangan ketinggalan! Selain beg cenderahati bertemakan Tangled, tiga pemenang bertuah akan berpeluang mengalami sendiri kisah pengembaraan Rapunzel di rumah dengan hadiah berupa ubah suai penuh bilik tidur bertemakan Tangled.

Siri ini memuatkan lagu-lagu yang diterbitkan oleh pemenang Academy Award dan Legenda Disney, Alan Menken, yang turut menggubah lagu filem asal.




.



 










 .menang gmbr kreatif dari kalangan seme jemputan ada 10 pemenang 
dapat la toy ijau kiut tu






ada contest tau...sape nak join kena pegi sana amek gmbr kt sna k


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

2 ribu orang memberikan idea bernas:

mummy_ayu said... [Reply to comment]

wah..seronoknya. kalau ayu kat sana...leh gather2. Iris pun sure suka jumpa Damia

Norliza Nordin said... [Reply to comment]

woww.. budak budak sonok join ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...