MARI MENDERMA DENGAN KLIK2 :)

Tuesday, September 26, 2017

KidZania CongreZZ's Caring Project 2017 l

KidZania CongreZZ 2017 Beri Peluang Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik Sertai Acara Sukan

Faedah sukan dan permainan kepada kanak-kanak jadi keutamaan Caring Project

Petaling Jaya, 23 September 2017 – KidZania CongreZZ 2017 menerusi acara tahunannya, Caring Project, telah menganjurkan Hari Sukan untuk kanak-kanak daripada Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Lighthouse (Lighthouse). Acara sukan yang mengetengahkan semangat perpaduan itu telah diadakan di Sports Planet Kota Damansara dan disertai oleh ahli KidZania CongreZZ dan kanak-kanak dari rumah kebajikan tersebut. Pelbagai acara sukan, permainan dan aktiviti telah dijalankan untuk peserta yang hadir.

Caring Project merupakan sebuah Tanggungjawab Sosial Korperat oleh ahli CongreZZ KidZania Kuala Lumpur. Pada tahun ini, Caring Project telah memperkenalkan aktivti yang telah diadaptasikan daripada program KidZania SportZ 2017 dengan tujuan untuk menggalakkan semangat kesukanan dan persaingan sihat di kalangan kanak-kanak.

“Program Kidzania SportZ 2017 mendapat sambutan hebat daripada kanak-kanak di KidZania Kuala Lumpur. Namun, kami juga menyedari yang terdapat ramai lagi kanak-kanak di luar sana yang tidak dapat menyertai acara ini, terutamanya kanak-kanak kurang bernasib baik. Jadi, kami bersepakat untuk membawa program ini kepada mereka,” kata ahli CongreZZ, Joshua Zhakaria, 8 tahun.

“Menerusi Caring Project, ahli KidZania CongreZZ diberi tanggungjawab untuk membuat kajian, merancang dan mengatur acara amal. Ia secara tidak langsung mendidik mereka tentang pengurusan masa dan projek. Selain itu, mereka juga dapat mempelajari nilai saling bantu membantu dan menyumbangkan kemahiran serta masa mereka untuk golongan yang kurang bernasib baik” kata Shahrul Nizar Ahmad, Datuk Bandar KidZania Kuala Lumpur.

“Saya berbangga dengan ahli CongreZZ kerana memilih ‘sukan’ untuk aktiviti Caring Project tahun ini. Menerusi pengalaman saya, kanak-kanak tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian ketika pengajaran di dalam kelas, tetapi mereka akan lebih peka dan menunjukkan minat yang tinggi apabila bersukan atau melakukan aktiviti,” sambungnya lagi.

Pelbagai acara sukan telah diadakan pada Hari Sukan tersebut, antaranya Zumba, CrossFit, futsal dan “dodgeball”. Aktiviti lain seperti golf mini, memanah, bola jaring dan ping pong mini turut mendapat sambutan menggalakkan daripada ahli CongreZZ dan kanak-kanak Lighthouse. Di penghujung acara, mereka telah dihiburkan dengan persembahan istimewa oleh ahli CongreZZ dan Pasukan Artistik KidZania Kuala Lumpur.

KidZania CongreZZ adalah kumpulan yang terdiri daripada 20 orang kanak-kanak berusia daripada 7 hingga 12 tahun, yang dipilih setiap tahun untuk mengawal selia KidZania Kuala Lumpur dan memberi pendapat masing-masing serta diberi peluang untuk membuat keputusan penting. Mereka akan berkumpul setiap tiga bulan dalam setahun untuk membincangkan topik-topik yang bermanfaat seperti media, hiburan, pendidikan dan kesusasteraan. Mereka juga merancang acara dan inisiatif tahunan seperti Caring Project untuk membantu komuniti yang kurang bernasib baik.

Sejak dua tahun lepas, CongreZZ Kids telah menjadi hos dan melawat kanak-kanak kurang bernasib baik daripada dua rumah kebajikan, mengadakan Konsert Amal Mini dan mengadakan program amal di komuniti Orang Asli untuk memberi kanak-kanak pendedahan tentang budaya dan gaya hidup yang berbeza.

Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti dan acara di KidZania Kuala Lumpur, layari www.kidzania.com.my atau www.facebook.com/KidZaniaKualaLumpur, atau hubungi Talian Khidmat Pelanggan KidZania di 1300 88 KIDZ (5439)  dari 9 pagi hingga 8 malam, Isnin hingga Ahad.


**********************************

weekend lepas berpeluang bawa anak2 untuk join & support KidZania CongreZZ's Caring Project 2017. bagi peluang kat mereka untuk bergaul, dan kenal dengan kanak2 dari Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Lighthouse. mereka di bahagikan kepada beberapa kumpulan & turut sama menyertai sukan yang telah di aturkan

seronok tengok adik2 semua, seronok juga tengok anak2 gembira join mcm2 aktiviti antaranya memanah, basketball, futsal, dodge ball, hockey..ni satu pengalaman yang baru bagi anak2...atleast aktiviti ni bagi diorang pendedahan...bergaul dengan kawan2 baru & kenal dengan rakan2 yang kurang bernasib baik









 sama2 berzumba
group photo untuk kenangan




Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

0 ribu orang memberikan idea bernas:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...