MARI MENDERMA DENGAN KLIK2 :)

Wednesday, January 24, 2018

majlis pelancaran my litte heroes yusuf & bujibu




ANMUM ESSENTIAL MEMPERKENALKAN HANIS ZALIKHA DAN ANAKNYA YUSUF SEBAGAI DUTA

Petaling Jaya, 17 Januari 2018 – Sepanjang kariernya dalam dunia hiburan, Hanis Zalikha sememangnya dikenali sebagai pelakon, hos dan usahawan yang berjaya di kalangan rakyat Malaysia. Namun peranan terbaharunya sebagai ibu dianggap sebagai yang paling penting dalam hidupnya. Beliau memilih untuk memberikan perhatian sepenuhnya terhadap anaknya, Yusuf dan ini terbukti dengan perubahan yang dilihat pada perjalanan kariernya terkini. Sehubungan dengan itu, para peminat akan dapat menyaksikan kehidupan harian Hanis dan keluarganya sebagai Duta baharu Anmum™ Essential dalam rancangan realiti televisyen terbaharu di ASTRO RIA (Saluran 104), ‘My Little Heroes’.

“Sebagai seorang ibu yang bertanggungjawab, Hanis hanya inginkan yang terbaik untuk tumbesaran Yusuf. Beliau akan memastikan Yusuf mendapat keseimbangan dari segi nutrisi yang baik dan juga stimulasi untuk menyokong perkembangan mental, emosi dan sosial. Cara penjagaan anak Hanis sepadan dengan mesej jenama kami. Ditambah pula dengan pilihannya untuk memberikan susu Anmum™ Essential kepada Yusuf menjadikan beliau calon yang terbaik untuk dipilih sebagai duta Anmum Essential.” kata Karen Ong, Pengarah Pemasaran, Fonterra Malaysia. “Kami juga sangat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Hanis dan Yusuf dalam rancangan  ‘My Little Heroes’ sebagai penaja utama. Keletah Yusuf yang periang, bijak, bersifat ingin tahu serta mudah menyesuaikan diri dengan sesiapa sahaja telah menjadi perhatian ramai peminat. Oleh itu dalam program tersebut, para peminat akan mempelajari petua-petua keibubapaan dan tips-tips berguna daripada Hanis sepanjang membesarkan Yusuf.

Kanak-kanak aktif yang sedang membesar memerlukan nutrisi optimum serta stimulasi yang betul untuk menyokong perkembangan mental, emosi dan sosial mereka. Gabungan stimulasi dan nutrisi penting seperti DHA and Gangliosida (GA®)* sangat penting untuk menyokong perkembangan otak**. DHA menyokong perkembangan otak [1]sementara Gangliosida pula membantu dalam hubungan sel-sel otak[2]. Apabila sel-sel otak berhubung, kanak-kanak akan lebih cepat berkembang dari segi memori, pembelajaran dan memahami perasaan. Anmum™ Essential yang kini dengan Mind-Q Connect mengandungi DHA dan dua kali ganda GA®* (Gangliosida) serta fosfolipid dan protein.

“Saya sangat berbangga dapat menjadi duta Anmum™ Essential kerana jenama ini mempunyai persamaan dengan impian saya iaitu untuk memberikan Yusuf nutrien-nutrien penting bagi menyokong tumbesaran dan perkembangannya. Sebelum ini, saya tidak mengetahui yang otak kanak-kanak mengandungi 15 hingga 500 lebih Gangliosida daripada tisu-tisu lain dalam tubuh mereka! Walaupun saya sentiasa memastikan Yusuf mendapat hidangan yang seimbang, namun manfaat tambahan DHA dan Gangliosida masih diperlukan untuk menyokong perkembangan otaknya,” kata Hanis Zalikha. “Selain itu, saya juga menyukai formulanya yang tidak mengandungi gula tambahan dan diperkayakan dengan vitamin, mineral dan serat makanan.  Bagi saya, Anmum™ Essential adalah pilihan yang tepat untuk susu tumbesaran kanak-kanak!”
Untuk lebih banyak tips keibubapaan dari Hanis, saksikan bagaimana beliau membimbing Yusuf untuk meningkatkan perkembangan mental, sosial dan kemahiran sosialnya dalam ‘My Little Heroes’, yang akan ditayangkan di Astro RIA Saluran 104 pada hari Rabu, 31 Januari pukul 9 malam, serta saksikan episod baharu pada setiap hari Rabu. Ketahui lebih lanjut tentang Anmum™ Essential di www.anmum.com/my.

bertempat di blokke cafe citta mall, minggu lepas saya berpeluang menyaksikan majlis pelancarna rancangan realiti keluarga hanis zalikha  my litte heroes yusuf & bujibu. 













Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

3 ribu orang memberikan idea bernas:

mummy_ayu said... [Reply to comment]

wah..best best!! Ayu pun dpt invitation ni..but jauh kan. he he he..

MiYOKO SuKi said... [Reply to comment]

best nye dpt jmpa ngan hanis zalika..drpd dulu memang dok follow die tru blog...cntik sgt dia...sampai skang jelita n gojes sgt!!

Ezna Ahmad Khalili said... [Reply to comment]

Yusuf tak leh dok diam. Gegambar dia akak ambik gegar ajer. Hee Hee. Makanan best!.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...