MARI MENDERMA DENGAN KLIK2 :)

Friday, March 30, 2018

cabaran 14 hari bersama eucerine

dan masanya untuk lihat perubahan sudah tiba!

alhamdulillah...konsisten menggunakan Eucerin Proacne A.I Clearing Treatment selama 14 hari...

saya ni bukan lah seorang yang terlalu menjaga kulit wajah, cuma setiap hari saya akan pastikan wajah di cuci, kemudian selepas di cuci saya kan gunakan toner.untuk malam hari saya tidak menggunakan krim malam...cuma saya akan pastikan selepas pulang dari kerja wajah bebas dari sebarang kotoran atau makeup..

saya juga tidak mempunyai masalah kulit muka, tiada masalah jerawat yang teruk cuma kadangkala jerawat akan datang menyerang pada masa period, itu biasa lah kan perubahan hormon..

apa yang saya perhatikan selepas 14 hati ternyata ada perubahan nya.....

sebelum menggunakan eucerine
 selepas 14 hari 


1) kulit muka bertambah lembut
2) wajah kelihatan lebih berseri serta tidak kusam lagi...
3) mengurangkan pori di wajah
4) jerawat susah untuk tumbuh kembali
5) mengeringkan jerawat serta mengekalkan kelembapan kulit

semasa penggunaan hari pertama apabila krim di sapu di wajah terasa seperti pedih sedikit, mungkin tindak balas terhadap jerawat yang kebetulan keluar masa period tu..biasanya jerawat lambat kering tetapi dengan eucerine wow! kesan nye menakjubkan jerawat mengering dan ia mambantu untuk menghalang pertumbuhan jerawat baru.

bagi mereka yang masih tercari cari produk penjagaan kulit anti jerawat yang bukan sahaja menyuburkan kulit malah membantu menghapuskan jerawat dengan lembut nah ini lah produk yang anda harus cuba!

menjadi idaman setiap wanita
punyai kulit mulus lagi berseri setiap masa
saya dah jumpa rahsianya
apa lagi dapatka eucerine rasailah perbezaannya!

#eucerineproacne

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

EXCLUSIVE MOIST MATTE LIP CREAM SAYYIDATI - Lip Matte Generasi Baru


Moist, Matte & Bebas Paraben

Cantik tidak semestinya selamat.
Sepertimana yang boleh dibuktikan jika anda memiliki Lip Matte Sayyidati baharu yang dilancarkan oleh Sayyidati Cosmetic. Ia telah diformulakan khusus untuk memenuhi keperluan kosmetik anda.

Pelancaran Lip Matte Sayyidati baharu memberi pilihan kepada wanita Malaysia untuk memilih Lip Matte yang selamat dan berkualiti sesuai dengan gaya hidup mereka.
Menerusi satu siri kaji selidik yang dijalankan, kini Sayyidati Cosmetic berjaya memperkenalkan Lip Matte yang Moist dan mempunyai kemasan Matte tanpa PARABEN  !  yang
telah dicipta untuk memenuhi keperluan wanita generasi baru.

Rahsia di sebalik keunikan Lip Matte Sayyidati ialah MOIST MATTE & PARABEN FREE  ’ yang menawarkan kemasan sempurna - Ringan, melembab, tahan lama dan selamat.

‘Moist Matte’ ialah ciri utama yang ada pada LIP MATTE SAYYIDATI, anda tidak perlu menggunakan pelembab sebelum mengenakan lip matte Sayyidati kerana, ia mengandungi ARGAN OIL dan VITAMIN E yang berfungsi untuk merawat dan menyihatkan bibir anda.

Rumusan ‘BEBAS PARABEN’
merintis ke arah pencapaian penyelesaian sempurna dengan Lip Matte yang menjadi semakin selamat di bibir dan selesa tanpa rasa yang merimaskan pada bibir. Ia juga sangat ringan dan senang dicuci.

Kami percaya sepenuhnya bahawa
inilah penyelesaian keselesaan dunia solekan yang sempurna bagi wanita Malaysia.

Kedua-dua inovasi ini membuktikan bahawa wanita masakini bijak membuat pilihan kerana yang cantik
tidak semestinya selamat.

Alami keselesaan bibir yang anda idamkan dengan Lip Matte Sayyidati dan jalanilah kehidupan dengan lebih yakin dan selesa selalu. Bebaskan diri anda daripada PARABEN. Pilih yang cantik & selamat!

untuk maklumat lanjut layari fb

sayyidati cosmetic hq






Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Wednesday, March 28, 2018

kek coklat tempahan dari kawan2

haih bersawang abes blog...apa kan daya masa tak mengizinkan...bz dekat office....
kadang balik keje plak bizi kat dapur masak rendang paru, sambal hitam..haih gigih kan...cari duit nak pegi australia hahaha...

ni kan nk bagitau berzaman dah xde orang oder kek coklat..rasanya mcm ramai tak tau kot kita jual kek coklat dulu....tapi idok la pandai menghias deko lawa2 bagai....mmg ni biasa jual utk kawan2 makan je..klw diorang nak celebrate bday ke dah bgtau xreti nk deco...heheh lgpon cam malas bergelumang dengan krim2 susah nak basu tool2 baking tu

ni malam tadi buat 2 biji kek, sebiji yang petak berat 3kg kawan sekolah order..dia mmg hantu kek coklat kita..dari zaman sekolah lagi asal dtg raya kek yang dia tuju

satu lagi buat kek yg bulat berat 1.3kg camtu utk silent reader blog kita...khadija bebetol lama awak follow blog akak ek..dari mia kecik sampai mia dajah 4 dia bole ingat cite2 kita dalam blog ni hehehe...

ok tu je nak bebel...saje sapu sawang kt blog yg terbiar ni..nanti la ada masa nanti update lagik k babai...






Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Thursday, March 8, 2018

tolong vote saya...

hai kawan2 minta bantuan kawan2 bantu like gambar saya ni
saya shorlisted antara 15 org winner utk menang contest ni

clik link ni tekan vote




Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Friday, March 2, 2018

Eucerin® KULIT BEBAS JERAWAT DALAM MASA DUA MINGGU

KULIT BEBAS JERAWAT DALAM MASA DUA MINGGU
DENGAN FORMULA TERBAHARU EUCERIN® PROACNE SOLUTION A.I. CLEARING TREATMENT
Sertai Cabaran Bebas-Jerawat  Eucerin® 14 Hari dan menangi produk Eucerin® bernilai RM12,000!

Kuala Lumpur, 01 Mac 2018 − Apabila berdepan masalah jerawat dan radang kulit, pengguna kebiasaannya akan mencuba pelbagai produk untuk menghapuskannya. Namun, sesetengah produk boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan mengakibatkan kerengsaan.  Bagi menangani masalah ini, Eucerin®, salah satu jenama dermo-kosmetik paling dipercayai di seluruh dunia telah menghasilkan produk penjagaan kulit anti jerawat yang bukan saja menyuburkan kulit malah membantu menghapuskan jerawat dengan lembut iaitu Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment.

Pelembap untuk kulit berminyak dan berjerawat ini direka dan diuji khas untuk membersihkan pori yang tersumbat, mengurangkan dan menghalang kemunculan semula jerawat, di samping mengekalkan kelembapan kulit.

Diformulasikan dengan bahan-bahan aktif yang terbukti berkesan, Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment mengurangkan jerawat komedon* dalam masa hanya DUA minggu tanpa mengeringkan kulit. Formulanya yang mengawal kerengsaan untuk kulit lebih licin dan sihat terdiri daripada:
        Sepuluh peratus  Hydroxy Complex, kombinasi tiga ejen pengelupasan yang berkuasa tinggi iaitu  AHA (asid glikolik), BHA (asid salisilik) dan PHA (gluconolactone) yang membantu memperbaharui permukaan kulit, membersihkan pori, mengurangkan bakteria penyebab jerawat, P. acnes, dan menanggalkan sel kulit mati;
        Licochalcone A, bahan anti radang yang mengurangkan kerengsaan dan membantu mengurangkan kemerahan pada wajah;
       Dexpanthenol, yang terhasil daripada vitamin B5 adalah pelembap yang mengekalkan kandugan air dalam wajah untuk meningkatkan daya tahan kulit dan melindunginya daripada pencemaran alam sekitar.

Apabila digunakan sebagai sebahagian daripada regim lengkap penjagaan kulit pada waktu malam**, pengguna melaporkan terdapat perubahan selepas dua minggu dan dalam masa lapan minggu, kulit wajah menjadi lebih mulus. Sebanyak 94 peratus pengguna bersetuju yang Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment menghalang pertumbuhan jerawat baharu dan mengurangkan bekas jerawat hitam sementara 80 peratus pengguna bersetuju produk ini mengurangkan bintik putih, bintik hitam, dan mengurangkan jerawat yang bengkak.***

Dengan keputusan yang memberangsangkan ini, pengguna di Malaysia boleh mencuba pelembap terbaharu untuk kulit berjerawat ini dalam Cabaran Bebas-Jerawat  Eucerin® 14 Hari melalui dua langkah mudah:
       Langkah Pertama: Ambil gambar kulit anda pada Hari Pertama dan Hari Ke-14 selepas penggunaan selama 14 hari
       Langkah Kedua: Poskan gambar “sebelum dan selepas” anda dan kongsi pengalaman anda menggunakan produk ini di halaman Facebook dengan hashtag #EucerinProACNE

Pemenang berpeluang memenangi Hadiah Utama iaitu produk Eucerin® bernilai RM5,000, manakala pemenang tempat kedua akan membawa pulang produk Eucerin® bernilai RM2,000. Lima Pemenang Bertuah pula akan memenangi produk bernilai RM1,000 setiap seorang.

Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment adalah sebahagian daripada produk penjagaan kulit komprehensif ProACNE**** yang terdiri daripada pencuci muka, pelembap, skrub, serum dan pelembap siang. Dapatkannya di farmasi seluruh negara dengan harga yang disyorkan iaitu RM62. Produk ini beserta produk lain dalam rangkaian yang sama kini tersedia dalam bungkusan yang diperbaharui.

Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian penuh penjagaan muka ProACNE daripada Eucerin®, log masuk ke www.eucerin.my atau www.facebook.com/EucerinMY.


* Jerawat komedon merujuk kepada bintik hitam, bintik putih dan bintik kecil (papul) yang biasanya terdapat di dahi dan dagu pengguna yang mengalami masalah jerawat.
**Kulit berjerawat dipengaruhi oleh gaya hidup, faktor hormon dan keturunan, oleh itu penjagaan tambahan mungkin diperlukan untuk membantu mengurangkan komedon atau masalah jerawat, di samping amalan regimen penjagaan wajah yang betul. Untuk kes yang teruk, pengguna disarankan untuk mendapatkan rawatan daripada ahli dermatologi.
***Berdasarkan ujian yang dijalankan di Thailand dengan dua Sel yang terdiri daripada 80 peserta setiap satu
**** Eucerin® ProACNE dahulunya dikenali sebagai Eucerin® DermoPURIFYER
***

Tentang Eucerin®

Dilancarkan lebih 100 tahun lalu, Eucerin® adalah peneraju inovasi dalam sains penjagaan kulit. Hari ini, jenama ini telah menjadi salah satu jenama dermo-kosmetik yang paling dipercayai di dunia, dibangunkan dan disyorkan oleh ahli dermatologi, dengan disokong oleh kajian terperinci. Menggunakan pendekatan berasaskan sains, Eucerin membangunkan penjagaan kulit derma yang selamat dan efektif dengan menggabungkan manfaat kosmetik dan keberkesanan produk farmaseutikal. Jenama ini membuat pelaburan besar dalam kajian dan pembangunan diikuti dengan ujian-ujian ketat untuk memberikan pengguna produk penjagaan kulit yang inovatif dan efektif untuk kulit yang sihat di samping memberi penjagaan khas pada kulit untuk sekarang dan di masa hadapan.

 



TOTAL EUCERIN® PROACNE SOLUTION RANGE 

This latest anti-ageing care range from Eucerin®, comprising the following skincare products Eucerin® ProACNE Solution is a range of derma skincare solutions developed for oily, acne-prone skin. Its ingredient combinations address the four key factors of acne-prone skin such as hyperkeratosis (disrupted skin cell shedding), seborrhea (increased sebum production), microbial colonisation (increased bacteria proliferation) and inflammation of the skin. Eucerin® ProACNE products have been proven in clinical and dermatological studies to be both effective and very good for skin tolerability.

Eucerin® ProACNE Cleanser Product Range






menang 2 tiket penerbangan ke australia

alhamdulillah...kalau dah rezeki tak ke mana....ni kemenangan terhebat utk tahun ni & first time menang tiket flight.

contest ni dia suruh submit gambar yang relate dengan australia beserta caption,kebetulan balik dari aussie aritu contest ni keluar...memang banyak la gmbr2 yang cencatik kita dah sediakan utk contest hehe... so ada 2 winner 1 based on caption terbaik satu lagi based on like terbanyak...untuk tak mengharapkan menang caption terbaik maka kita berusaha sehabis boleh untuk dapatkan like terbanyak...rasanya ni la contest yg pertama kali saya dapat like 800 ++ alhamdulillah..ramai kawan2 baik hati sudi sedekah 1 like untuk gambar ni...

dan...keputusan nya...saya menang GP dapat 2 keping tiket premium ekonomi woww besss nya bole baring2 seat dia luas...dah cek harga semasa RM3000 ++ utk sorang..so total hadiah saya ni dalam RM6000 ++ gitu la..alhamdulillah....dan klw ikutkan saya juga dapat vote paling banyak antara peserta yang lain...so tempat kedua jatuh kepada fidelis francis andam dgn vote sebanyak 200++

so sekarang tengah fikir nak pegi mana?sebab bole pilih mana2 saje destinasi di australia...yang pasti saya tak nak pegi goldcoast...antara sydney, melbourne & perth masih tengah berfikir2....

klw di tanya apa perasaan saya kan?saya memang tak sangka, tak duga boleh menang....terima kasih banyak kepada seorang insan yang banyak bantu saya dalam menghasilkan caption itu..tanpa bantuan anda saya tak mungkin akan menang contest ni..hanya allah yang mampu membalas segalanya....

siapakah insan bertuah bakal fly bersama saya ke australia nanti?hehe..saya pon tak pasti kita tengok la sape yang kena....




Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Thursday, March 1, 2018

info @ tips ke bali


ok kita share pengalaman & tips ke bali buat sesape yg belum pernah pegi utk jadi kan rujukan..sape nak share silakan share...xperlu minta izin.tq

-Kedai makan yang ada lambang halal belum tentu halal yea....majoriti penduduk bali beragama hindu,sebenarnya susah juga nk cr makanan halal yg betul2 halal.memang byk kedai tulis halal...tp tak leh percaya.

-Kat tanjung benoa ada mcm2 water sport activity,ada dua harga satu in rupiah satu in dollar..harga sangat berbeza..klw mat salleh harga almost 3x ganda..so klw sampai kt tmpt water sport activity xyah gatal2 nk cakap english konfem kena cas dalam dollar.harga dollar ngan rupiah sangat berbeza,harga pakej activity dalam dollar diorg cas 3x ganda dr harga rupiah

-Jgn sesekali tukar duit yg kt tepi2 jalan...carilah money changer yg berlesen,yang sah,dipercayai..sebab kt sini ramai tipu..buat trick..kira duit dpn kau pastu dia jatuhkan ke la lantai beberapa keping,klw tak cek balik lepas terima duit mmg kirim salam jela

-Berhati2 klw berjalan ke pantai kuta sebab dekat bali famous dengan kes pukau.klw bole jalan berteman

-Sape yg nak stay hotel five star kt bali dgn harga yg murah sila book time hari nyepi (dlm bulan mac) dpt murah sebab hari nyepi semua org xbole keluar rumah,tourist xle keluar hotel.so hotel memang drop gila harga utk satu hari nyepi tu, bole la feeling ongkaya dok kat hotel mewah yg rege 1500 smlm tu dpt murah gila katanya (nk tau details cer la contact sendiri jgn tanya sy, dpt info dr tourist guide je)

-souvenir kat kuta diorang tak letak tanda harga so diorg sesuka ati je letak harga..kadang harga yg dibagi melampau xmasuk akal...kena pandai tawar

-jangan shopping dekat agung bali & krishna sebab dua2 kedai ni mahal! Klw sesiapa ikut tourist guide diorang sure akan bawa tourist shoping kat situ (sebab diorang ada komisyen kt situ).klw nak beli pon beli fridge magnet je la murah...lain2 mcm tshirt,beg,keychain,scrub,sandal bole beli kat serimpi bali atau deretan kedai area wong solo,berlambak kedai2 souvenir murah kat situ,murah yg xmasuk akal! Souvenir paling murah 10,000 rupiah dalam rm3 lebih.apa yg bole dapat dengan 10,000? Ada canvas bag,selipar pantai,tshirt.sebelum pergi satu2 kedai yg driver bawa survey dulu kedai lain..konfem kedai yg dia bawa bukanlah kedai yg murah






-souvenir tepi jalan kat tegalalang murah,tp tourist guide cakap mahal..dia ckp jgn beli kt situ takut kena ketuk katanya...Harga utk brg yg sama lg murah dari kedai yg dia rekemen tu kt agung bali.

-keychain and souvenir kat barung and kris dan pon murahhhh compare tempat lain.sebelum pintu masuk dewan tu ramai org jual tepi jalan...klw ada pegi situ sila beli!keychain dia murah 10 biji 10,000 (rm3)

-makanan kat bali mahal...lepas tu kebanyakan xkena ngan selera...sangat tak menepati piawaian tekak...hanya wong solo je la yg kena dengan tekak & murah...set nasi ayam penyet rm9 lebih,harga sama kat malaysia.rasanya dtg bali bole kot bawa bekalan makanan...xlalu weh makanan diorg xsedap.



-uluwatu temple : perempuan yang datang haid xbole masuk ke dalam temple, hanya bole bergambar dekat tangga bawa sahaja..(jgn sesekali langgar pantang larang diorang)


-harus cuba spa merata mmg bersepah tepi jalan,nak yg bajet nak yg medium nak yg mewah,nak yg bertauliah tak bertauliah.. pilih je ikut bajet masing2,spa kat bali murah.


ni ktorg try masa last day dapat RM95 utk 2jam punya spa, ada massage, lulur & mandi bunga pergh terbaik!
harga dia dalam usd $70 ok...kitorg dapat rege murah sebab supir yg bawa



 lepas spa, lepas mandi bunga...bseri ke idok?hehe


scrub ni pon patut bli ok..murah je RM6 dah dapat yang ni mahal sebab kat kedai agung bali kalau kedai serimpi bali tu dapat la RM6



-ada yg pm saya tanya,airport tax utk tourist ada tak?jawapan nye...tak ada..airport tax dah dimansuhkan.

Pakej 4d3n RM799 (ticket flight,hotel+bfast & supir) kami amek dengan Go Tours And Holiday,first time amek pakej ngan diorang..harga pakej TIDAK termasuk entrance fees.alhamdulillah..trusted agent so lepas ni bole la amek pakej lain plak dengan GTAH.




Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...