MARI MENDERMA DENGAN KLIK2 :)

Friday, March 2, 2018

Eucerin® KULIT BEBAS JERAWAT DALAM MASA DUA MINGGU

KULIT BEBAS JERAWAT DALAM MASA DUA MINGGU
DENGAN FORMULA TERBAHARU EUCERIN® PROACNE SOLUTION A.I. CLEARING TREATMENT
Sertai Cabaran Bebas-Jerawat  Eucerin® 14 Hari dan menangi produk Eucerin® bernilai RM12,000!

Kuala Lumpur, 01 Mac 2018 − Apabila berdepan masalah jerawat dan radang kulit, pengguna kebiasaannya akan mencuba pelbagai produk untuk menghapuskannya. Namun, sesetengah produk boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan mengakibatkan kerengsaan.  Bagi menangani masalah ini, Eucerin®, salah satu jenama dermo-kosmetik paling dipercayai di seluruh dunia telah menghasilkan produk penjagaan kulit anti jerawat yang bukan saja menyuburkan kulit malah membantu menghapuskan jerawat dengan lembut iaitu Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment.

Pelembap untuk kulit berminyak dan berjerawat ini direka dan diuji khas untuk membersihkan pori yang tersumbat, mengurangkan dan menghalang kemunculan semula jerawat, di samping mengekalkan kelembapan kulit.

Diformulasikan dengan bahan-bahan aktif yang terbukti berkesan, Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment mengurangkan jerawat komedon* dalam masa hanya DUA minggu tanpa mengeringkan kulit. Formulanya yang mengawal kerengsaan untuk kulit lebih licin dan sihat terdiri daripada:
        Sepuluh peratus  Hydroxy Complex, kombinasi tiga ejen pengelupasan yang berkuasa tinggi iaitu  AHA (asid glikolik), BHA (asid salisilik) dan PHA (gluconolactone) yang membantu memperbaharui permukaan kulit, membersihkan pori, mengurangkan bakteria penyebab jerawat, P. acnes, dan menanggalkan sel kulit mati;
        Licochalcone A, bahan anti radang yang mengurangkan kerengsaan dan membantu mengurangkan kemerahan pada wajah;
       Dexpanthenol, yang terhasil daripada vitamin B5 adalah pelembap yang mengekalkan kandugan air dalam wajah untuk meningkatkan daya tahan kulit dan melindunginya daripada pencemaran alam sekitar.

Apabila digunakan sebagai sebahagian daripada regim lengkap penjagaan kulit pada waktu malam**, pengguna melaporkan terdapat perubahan selepas dua minggu dan dalam masa lapan minggu, kulit wajah menjadi lebih mulus. Sebanyak 94 peratus pengguna bersetuju yang Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment menghalang pertumbuhan jerawat baharu dan mengurangkan bekas jerawat hitam sementara 80 peratus pengguna bersetuju produk ini mengurangkan bintik putih, bintik hitam, dan mengurangkan jerawat yang bengkak.***

Dengan keputusan yang memberangsangkan ini, pengguna di Malaysia boleh mencuba pelembap terbaharu untuk kulit berjerawat ini dalam Cabaran Bebas-Jerawat  Eucerin® 14 Hari melalui dua langkah mudah:
       Langkah Pertama: Ambil gambar kulit anda pada Hari Pertama dan Hari Ke-14 selepas penggunaan selama 14 hari
       Langkah Kedua: Poskan gambar “sebelum dan selepas” anda dan kongsi pengalaman anda menggunakan produk ini di halaman Facebook dengan hashtag #EucerinProACNE

Pemenang berpeluang memenangi Hadiah Utama iaitu produk Eucerin® bernilai RM5,000, manakala pemenang tempat kedua akan membawa pulang produk Eucerin® bernilai RM2,000. Lima Pemenang Bertuah pula akan memenangi produk bernilai RM1,000 setiap seorang.

Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment adalah sebahagian daripada produk penjagaan kulit komprehensif ProACNE**** yang terdiri daripada pencuci muka, pelembap, skrub, serum dan pelembap siang. Dapatkannya di farmasi seluruh negara dengan harga yang disyorkan iaitu RM62. Produk ini beserta produk lain dalam rangkaian yang sama kini tersedia dalam bungkusan yang diperbaharui.

Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian penuh penjagaan muka ProACNE daripada Eucerin®, log masuk ke www.eucerin.my atau www.facebook.com/EucerinMY.


* Jerawat komedon merujuk kepada bintik hitam, bintik putih dan bintik kecil (papul) yang biasanya terdapat di dahi dan dagu pengguna yang mengalami masalah jerawat.
**Kulit berjerawat dipengaruhi oleh gaya hidup, faktor hormon dan keturunan, oleh itu penjagaan tambahan mungkin diperlukan untuk membantu mengurangkan komedon atau masalah jerawat, di samping amalan regimen penjagaan wajah yang betul. Untuk kes yang teruk, pengguna disarankan untuk mendapatkan rawatan daripada ahli dermatologi.
***Berdasarkan ujian yang dijalankan di Thailand dengan dua Sel yang terdiri daripada 80 peserta setiap satu
**** Eucerin® ProACNE dahulunya dikenali sebagai Eucerin® DermoPURIFYER
***

Tentang Eucerin®

Dilancarkan lebih 100 tahun lalu, Eucerin® adalah peneraju inovasi dalam sains penjagaan kulit. Hari ini, jenama ini telah menjadi salah satu jenama dermo-kosmetik yang paling dipercayai di dunia, dibangunkan dan disyorkan oleh ahli dermatologi, dengan disokong oleh kajian terperinci. Menggunakan pendekatan berasaskan sains, Eucerin membangunkan penjagaan kulit derma yang selamat dan efektif dengan menggabungkan manfaat kosmetik dan keberkesanan produk farmaseutikal. Jenama ini membuat pelaburan besar dalam kajian dan pembangunan diikuti dengan ujian-ujian ketat untuk memberikan pengguna produk penjagaan kulit yang inovatif dan efektif untuk kulit yang sihat di samping memberi penjagaan khas pada kulit untuk sekarang dan di masa hadapan.

 



TOTAL EUCERIN® PROACNE SOLUTION RANGE 

This latest anti-ageing care range from Eucerin®, comprising the following skincare products Eucerin® ProACNE Solution is a range of derma skincare solutions developed for oily, acne-prone skin. Its ingredient combinations address the four key factors of acne-prone skin such as hyperkeratosis (disrupted skin cell shedding), seborrhea (increased sebum production), microbial colonisation (increased bacteria proliferation) and inflammation of the skin. Eucerin® ProACNE products have been proven in clinical and dermatological studies to be both effective and very good for skin tolerability.

Eucerin® ProACNE Cleanser Product Range






1 ribu orang memberikan idea bernas:

Hans said... [Reply to comment]

siapa2 ada masalah jerawat tu memang elok cuba nih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...