MARI MENDERMA DENGAN KLIK2 :)

Monday, June 11, 2018

HARI RAYA YANG SIHAT BERSAMA QUAKER OATS

Padat dengan nutrisi, oat adalah makanan yang serba boleh dan mudah digunakan dalam pelbagai resipi manis dan berempah!

 

Kuala Lumpur, 6 Jun 2018 - Hidangan Hari Raya yang enak bersama Quaker Oats, Jenama Oat #1 Dunia*, menjadikannya lebih mudah untuk menikmati resipi baharu yang menyediakan lebih banyak serat, protein, vitamin dan mineral!
           

Dengan 9.4g serat dalam setiap 100g (7 kali lebih daripada beras putih!) dan protein yang lebih tinggi daripada beras perang, barli dan tepung gandum[1], Quaker Oats menggunakan bijirin penuh supaya nutrisinya dikekalkan. Bijirin penuh mengandungi pelbagai nutrisi yang baik untuk kesihatan: bran (lapisan paling luar) yang tinggi dengan Beta-Glukan dan vitamin B, endosperma oat yang tinggi dengan karbohidrat dan protein, serta lapisan germa oat yang juga tinggi dengan vitamin B, vitamin E, mineral dan fitokimia.


“Di Quaker, kami percaya Hari Raya merupakan satu perayaan yang istimewa buat seisi keluarga, dan apabila kita berkumpul untuk menikmati makanan yang lazat, kita juga harus ingat bahawa nutrisi adalah penting. Hidangan tradisional juga boleh diggabungkan dengan oat kerana ia merupakan bahan yang serba boleh - dengan cara ini, kita boleh menikmati hidangan kesukaan kami dan yakin bahawa kita masih mendapat nutrisi-nutrisi penting," kata Alexia Horley, Pengurus Besar PepsiCo Singapura, Malaysia, Mongolia, Brunei, Guam dan Kepulauan Asia Pasifik. “Resipi baharu, termasuk resipi perayaan Hari Raya oleh chef selebriti Anis Nabilah, sesuai untuk keluarga serta tetamu dan juga mudah disediakan.”

Hari Raya ini, cuba resipi Quaker Oats baharu seperti Kari Ayam Merah dengan Oats dan Soup Kambing Quaker Oats, ataupun biskut Raya yang lazat dengan resipi chef selebriti Anis Nabilah seperti Biskut Beri Biru Multigrain Cereal dan Biskut Onde-Onde Oatmeal!


Untuk maklumat lanjut tentang kebaikan oats dan promosi Ramadan terkini, acara dan resipi, layari www.facebook.com/QuakerMalaysia atau www.quaker.com.my.

*Sumber: Euromonitor International Limited; Packaged Food 2017 edition, mengikut definasi bijirin panas, nilai jualan runcit; rsp, semua rangkaian runcit, data 2016

# # #

jom cuba resepi biskut raya  dari chef anis




Biskut Oat Onde-Onde Quaker
Saiz Hidangan: 35
Bahan-Bahan
·         130g Quaker Instant Oatmeal
·         130g tepung
·         20g kelapa parut kering
·         20g serbuk santan
·         ½ sudu teh soda penaik
·         ¼ sudu teh garam
·         125g marjerin
·         30g gula perang
·         50g gula kabung (gula melaka), diparut
·         60ml minyak canola
·         1 sudu teh ekstrak pandan (hijau)
·         Gula melaka cair (untuk hiasan)
·         Kelapa parut kering (untuk hiasan)

Cara
1.      Prapanaskan ketuhar pada suhu 180°C. Lapik dua dulang pembakar besar dengan kertas silikon.
2.      Gaulkan tepung, kelapa parut kering, serbuk santan, oat, soda penaik dan garam dalam mangkuk. Ketepikan.
3.      Dalam mangkuk yang lain, pukul marjerin, gula perang, gula kabung, minyak dan ekstrak pandan dengan mesin pengadun. Pada kelajuan perlahan, tambahkan bahan-bahan kering, sedikit demi sedikit.
4.      Uli doh menjadi bebola kecil. Anda boleh menabur gula melaka parut dan kelapa parut kering di atas bebola sebagai hiasan.
5.      Bakar selama 12 minit atau hingga warnanya keemasan. Biarkan sejuk atas redai kuih. Hidangkan panas atau sejuk.



Biskut Campuran Bijiran Beri Biru
Saiz Hidangan: 40
Bahan-Bahan
·         125g marjerin
·         100g gula kastor
·         1 biji telur
·         150g tepung naik sendiri
·         ½ sudu teh soda penaik
·         60g beri biru kering
·         ½ sudu teh garam laut  
·         120g Quaker Multigrain Cereal

Cara
1.      Prapanaskan ketuhar pada suhu 180°C. Lapik dulang pembakar dengan kertas silikon.
2.      Pukul marjerin dan gula dalam mesin pengadun hingga putih dan berkrim. Tambahkan telur. Masukkan tepung, beri biru dan garam. Gaul hingga sebati.
3.      Tuangkan Quaker Multigrain Cereal ke dalam mangkuk. Cedok sesudu teh penuh doh biskut. Golek doh dalam campuran bijiran supaya disaluti bijiran dan menjadi bentuk bebola.
4.      Letakkan bebola atas dulang dengan jarak satu inci antara satu sama lain untuknya berkembang.
5.      Bakar selama 15-18 minit atau sehingga warnanya keemasan. Alihkan ke redai kuih untuk sejukkan.


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

DEMAM BOLA KINI MELANDA KIDZANIA SPORTZ 2018!

DEMAM BOLA KINI MELANDA KIDZANIA SPORTZ 2018!
Alami kemeriahan musim bola sepak dan sertai aktiviti bertemakan bola sepak di KidZania SportZ selama sebulan!

Petaling Jaya, 9 Jun 2018 – Bersempena dengan acara bola sepak terbesar dunia yang bakal berlangsung, KidZania Kuala Lumpur ingin meraikan peminat bola sepak cilik di Malaysia! Bermula dari 9 Jun hingga 8 Julai, KidZania SportZ 2018 akan meraikan sukan yang digilai ramai ini. Antara aktiviti yang akan diadakan termasuklah sesi futsal, “foosball” dan permainan yang disukai ramai, Subbuteo. Nantikan juga penampilan istimewa daripada Pasukan Bola Sepak Orang Buta Malaysia serta bengkel bola sepak eksklusif oleh pasukan Akar Umbi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Kanak-kanak dan seisi keluarga boleh mempelajari lebih lanjut tentang Bola Sepak Orang Buta dan mencuba nasib menjaringkan gol dengan mata ditutup dalam satu sesi perlawanan khas bersama Pasukan Bola Sepak Orang Buta Malaysia. Bukan itu saja, mereka juga berpeluang menjalani latihan bersama pakar bola sepak daripada Akar Umbi FAM dalam satu bengkel eksklusif.

“Memandangkan kehangatan bola sepak sudah semakin dirasai, kami yakin ini adalah  masa yang paling sesuai untuk menanam minat aktif bersukan dalam diri kanak-kanak,” kata Shahrul Nizar Ahmad, Datuk Bandar KidZania Kuala Lumpur. “Sukan bukan sahaja satu aktiviti masa lapang yang menyihatkan, malah ia dapat meningkatkan daya koordinasi, meningkatkan  keyakinan diri dan memupuk kemahiran sosial. Permainan juga dapat mengajar kanak-kanak tentang nilai bertolak ansur serta kerjasama. Kesemua nilai ini adalah aspek yang penting apabila sudah dewasa kelak dan kami berbangga dapat menganjurkan ‘KidZania SportZ’ buat kedua kalinya dan terus menggalakkan kanak-kanak untuk “Learn Life Today.”

Antara aktiviti bertemakan bola sepak yang akan diadakan di KidZania SportZ 2018: 
        Futsal: Latih skil menggelecek dalam perlawanan 2V2, atau cuba jaringkan gol dengan mata ditutup!
        Foosball: Permainan yang menguji koordinasi tangan dan mata ini sesuai untuk semua peringkat umur!
        Subbuteo: Peserta boleh mencuba sendiri permainan meja yang digilai ramai ini!
        Permainan Video Bola Sepak: Permainan maya yang akan membuatkan pemain berasa seperti berada di atas padang!

“Kami berbesar hati dapat memberikan sokongan dan menggalakkan minat kanak-kanak dalam sukan bola sepak menerusi program yang dianjurkan KidZania SportZ ini. Inisiatif seperti ini dapat meningkatkan lagi penghargaan orang awam terhadap bola sepak dan memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk mula bermain bola sepak. Kejayaan dalam bola sepak bermula dari Akar Umbi.” kata YBhg Dato' Hamidin bin Hj Mohd Amin, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Sunny Shalesh, Jurulatih Persatuan Bola Sepak Orang Buta Malaysia pula menambah, “Ini peluang terbaik kami untuk mendidik kanak-kanak tentang betapa pentingnya untuk mengharungi segala cabaran yang mendatang dengan positif, sepertimana orang buta mengharungi hidup mereka. Pasukan kami mempunyai kecekalan yang tinggi dan kami berharap dapat memberi inspirasi kepada kanak-kanak tersebut.”

KidZania SportZ 2018 turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik lain untuk disertai seisi keluarga, antaranya, sukan berbasikal, ping pong, aktiviti robot, memanah dan juga papan luncur jari!

Datanglah beramai-ramai ke KidZania SportZ 2018, dari 9 Jun hingga 8 Julai 2018! Tempah tiket secara dalam talian dan dapatkan diskaun 20% untuk tiket masuk dengan kod promo .

KidZania SportZ 2018 disokong oleh Pasukan Bola Sepak Orang Buta Malaysia, Persatuan Bola Sepak Malaysia, Decathlon, Spritzer, Arrouha Archery Malaysia dan The Positibo Fingerboard.


Untuk maklumat lanjut berkenaan aktiviti dan acara di KidZania Kuala Lumpur, layari www.kidzania.com.my atau www.facebook.com/KidZaniaKualaLumpur, atau hubungi Khidmat Pelanggan KidZania di 1300 88 KIDZ (5439) dari 9 pagi hingga 6 malam, Isnin hingga Ahad.







Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...