MARI MENDERMA DENGAN KLIK2 :)

Monday, June 11, 2018

DEMAM BOLA KINI MELANDA KIDZANIA SPORTZ 2018!

DEMAM BOLA KINI MELANDA KIDZANIA SPORTZ 2018!
Alami kemeriahan musim bola sepak dan sertai aktiviti bertemakan bola sepak di KidZania SportZ selama sebulan!

Petaling Jaya, 9 Jun 2018 – Bersempena dengan acara bola sepak terbesar dunia yang bakal berlangsung, KidZania Kuala Lumpur ingin meraikan peminat bola sepak cilik di Malaysia! Bermula dari 9 Jun hingga 8 Julai, KidZania SportZ 2018 akan meraikan sukan yang digilai ramai ini. Antara aktiviti yang akan diadakan termasuklah sesi futsal, “foosball” dan permainan yang disukai ramai, Subbuteo. Nantikan juga penampilan istimewa daripada Pasukan Bola Sepak Orang Buta Malaysia serta bengkel bola sepak eksklusif oleh pasukan Akar Umbi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Kanak-kanak dan seisi keluarga boleh mempelajari lebih lanjut tentang Bola Sepak Orang Buta dan mencuba nasib menjaringkan gol dengan mata ditutup dalam satu sesi perlawanan khas bersama Pasukan Bola Sepak Orang Buta Malaysia. Bukan itu saja, mereka juga berpeluang menjalani latihan bersama pakar bola sepak daripada Akar Umbi FAM dalam satu bengkel eksklusif.

“Memandangkan kehangatan bola sepak sudah semakin dirasai, kami yakin ini adalah  masa yang paling sesuai untuk menanam minat aktif bersukan dalam diri kanak-kanak,” kata Shahrul Nizar Ahmad, Datuk Bandar KidZania Kuala Lumpur. “Sukan bukan sahaja satu aktiviti masa lapang yang menyihatkan, malah ia dapat meningkatkan daya koordinasi, meningkatkan  keyakinan diri dan memupuk kemahiran sosial. Permainan juga dapat mengajar kanak-kanak tentang nilai bertolak ansur serta kerjasama. Kesemua nilai ini adalah aspek yang penting apabila sudah dewasa kelak dan kami berbangga dapat menganjurkan ‘KidZania SportZ’ buat kedua kalinya dan terus menggalakkan kanak-kanak untuk “Learn Life Today.”

Antara aktiviti bertemakan bola sepak yang akan diadakan di KidZania SportZ 2018: 
        Futsal: Latih skil menggelecek dalam perlawanan 2V2, atau cuba jaringkan gol dengan mata ditutup!
        Foosball: Permainan yang menguji koordinasi tangan dan mata ini sesuai untuk semua peringkat umur!
        Subbuteo: Peserta boleh mencuba sendiri permainan meja yang digilai ramai ini!
        Permainan Video Bola Sepak: Permainan maya yang akan membuatkan pemain berasa seperti berada di atas padang!

“Kami berbesar hati dapat memberikan sokongan dan menggalakkan minat kanak-kanak dalam sukan bola sepak menerusi program yang dianjurkan KidZania SportZ ini. Inisiatif seperti ini dapat meningkatkan lagi penghargaan orang awam terhadap bola sepak dan memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk mula bermain bola sepak. Kejayaan dalam bola sepak bermula dari Akar Umbi.” kata YBhg Dato' Hamidin bin Hj Mohd Amin, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Sunny Shalesh, Jurulatih Persatuan Bola Sepak Orang Buta Malaysia pula menambah, “Ini peluang terbaik kami untuk mendidik kanak-kanak tentang betapa pentingnya untuk mengharungi segala cabaran yang mendatang dengan positif, sepertimana orang buta mengharungi hidup mereka. Pasukan kami mempunyai kecekalan yang tinggi dan kami berharap dapat memberi inspirasi kepada kanak-kanak tersebut.”

KidZania SportZ 2018 turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik lain untuk disertai seisi keluarga, antaranya, sukan berbasikal, ping pong, aktiviti robot, memanah dan juga papan luncur jari!

Datanglah beramai-ramai ke KidZania SportZ 2018, dari 9 Jun hingga 8 Julai 2018! Tempah tiket secara dalam talian dan dapatkan diskaun 20% untuk tiket masuk dengan kod promo .

KidZania SportZ 2018 disokong oleh Pasukan Bola Sepak Orang Buta Malaysia, Persatuan Bola Sepak Malaysia, Decathlon, Spritzer, Arrouha Archery Malaysia dan The Positibo Fingerboard.


Untuk maklumat lanjut berkenaan aktiviti dan acara di KidZania Kuala Lumpur, layari www.kidzania.com.my atau www.facebook.com/KidZaniaKualaLumpur, atau hubungi Khidmat Pelanggan KidZania di 1300 88 KIDZ (5439) dari 9 pagi hingga 6 malam, Isnin hingga Ahad.







Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

0 ribu orang memberikan idea bernas:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...